Tuesday, 21 September 2021

Ikan sawah padi

Ikan betok atau puyu kampung adalah ikan yang sinonim dengan sawah padi. Apabila ada kerja-kerja di sawah padi, pesawah akan mendapat juga ikan puyu, haruan yang hidup di lumpur sawah padi. 


Masa empat bulan padi masak adalah sama dengan pembesaran ikan puyu , kerana usia matang ikan puyu juga empat bulan. 


Bezanya dengan ikan puyu Siam f1, ialah dari segi saiz dan berat badan, sehingga mencapai 500 gram seekor. Ini kerana kemajuan teknologi ternakan dan kajian di kalangan saintis. Ia juga bergantung kepada baka dari  Siam/Thailand.


Satu lagi faktor yang membantu pembesaran dengan baik ialah teknologi makanan ikan atau palet yang telah dibuat kajian dengan membanyakkan kadar protin sehingga mencecah 32% protin. Bahan utama adalah usus atau perut ayam. 




Oleh sebab itu ada juga penternak yang menggunakan usus ayam yang diproses sendiri dengan merebus dan mengasingkan minyak. Proses ini adalah kerja yang merumitkan tetapi menjimatkan kos harga palet yang tinggi.


Menggunakan palet yang telah diproses dan disediakan kering lebih mudah, jimat masa dan ringkas, tidak perlu kepada dapur untuk rebusan . 


Faedah lain yang diperolehi

Ramai penternak yang berkongsi pengalaman , bahawa hasil lain yang diperolehi ialah air kolam ternakan dapat dijadikan baja organik yang baik bagi pertumbuhan akar , memberikan warna hijau yang menarik , terutama bagi tanaman rumput.


Kolam tanah adalah yang terbaik sebagai tempat ternakan ikan betok, selain selari dengan habitatnya yang suka kepada lumpur yang sejuk . Ini membantu pembesaran ikan dengan cepat. Kolam tanah adalah yang terbaik kerana keluasannya membantu pembesaran ikan dengan cepat kerana  ikan dapat berenang dengan sempurna.


Kekurangan kolam tanah ialah susah dan rumit dari segi tuaian.

________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA





No comments:

Post a Comment