Tuesday, 28 April 2020

Tutorial memanah-mengelak bahaya

Jika anda pemanah baru kemungkinan bahaya lengan dilibas oleh tali busur panah mungkin terjadi.Bagi yang tidak yakin selamat boleh gunakan lapik lengan yang disediakan. Apabila lengan dilibas oleh tali panah akan menjadi lebam.

Kesalahan memegang busur adalah punca utama terjadi hal ini .Lengan tidak ditarik keluar semasa melepaskan anak panah , kedudukan siku ke dalam .
Gaya ini sebelum lengan diturunkan ke kedudukan untuk sedia membidik 

Ada 3 gaya

1. Anak panah dihunus ke bawah semasa memasukkan ke tali busur supaya selamat dari terkena rakan sebelah 
2. Kemudian tangan di angkat  begini untuk gaya dan keyakinan diri 
3. Kembali ke kedudukan asal dan melepaskan anak panah
________________


LAMAN ILMU WAHYU 
Perbezaan antara ahli ilmu ('alim)  dan ahli ibadat ('abid) seperti bulan purnama di tengah-tengah bintang cakerawala. Bulan purnama adalah kiasan untuk ahli ilmu dan bintang-bintang ialah ahli ibadat.(Maksud hadis)


Kata Allah 

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya).

Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. 

Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

_________________________


Al Quran adalah sumber ilmu, benarlah kajian Gladstone bahawa untuk lemahkan umat Islam , jauhkan mereka dari al Quran. Kini perkara ini sedang terjadi , umat terpecah kepada 4 jenis

1. Penyeleweng 
2. Golongan yang pertahan 
3. Golongan yang jahil kerana belajar tidak habis atau baru belajar
4. Golongan jahil murakkab iaitu tidak sedar bahawa dia jahil 

________________
Peribahasa Melayu mengatakan 

1. Air setengah tin , sentiasa berkocak
2. Ikutlah resmi padi, makin berisi makin runduk
3. Jangan ikut resmi ayam bertelur sebiji riuh sekampung
4. Diam ubi berisi
5. Berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi 

_____________________

Kata Allah jangan kamu membicarakan tentang tuhan kamu tanpa ilmu. 

Kata Allah , 


Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.





Pertelagahan di mana-mana puncanya tidak memahami ilmu al Quran. Jika faham kebenaran hanya satu jangan kamu ragu.  Mempunyai ilmu, faham tetapi ada tujuan yang lain dari kerana Allah ini juga satu masalah dan punca pertelagahan. 

Sedangkan tujuan manusia dicipta untuk memakmurkan bumi Allah dengan tugas khalifah, menegakkan politik dan ekonomi Islam.


Orang yang pertama mendapat naungan Allah di padang Mahsyar ialah pejuang politik Islam untuk menegakkan hukum Allah di bumi dan memakmurkan bumi dengan syariat Islam.

Ini kerana cabaran berjuang dalam politik Islam sangat getir , pahit , penuh onak dan duri dengan tentangan dari umat yang jahil dengan ejekan, perli, mempersenda, memperlekeh, mentertawa secara berjemaah , meminggirkan dan pelbagai ragam jahat sijahil atau si 'alim yang ada tujuan selain Allah.

Riuh rendah dan gegak gempita di alam maya , konon suara netizen; benar suara netizen tetapi ada tok dalang di belakangnya samada dari musuh, atau dari tali barut musuh.

Umat jahil yang nabi s.a.w. umpamakan seperti buih tanpa jati diri dan ilmu agama, menari galak dengan  gendang musuh yang dipalu santai dan menidurkan umat dalam kejahilan dan kebenaran palsu rekaan musuh.


Kata Allah 

Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.

_________________________


Snouck Hronge orientalis Belanda , sanggup menipu masuk Islam untuk mengkaji kekuatan umat Islam dan ditemui, al Quranlah yang memberi kekuatan dan jati diri kepada umat Islam . 

Memakai nama Abdul Ghafur sehingga sanggup pergi menunaikan haji di Mekah. 

Akhirnya mereka mengambil kata sepakat untuk jauhi umat dari memahami isi al Quran, kerana selagi mereka berpegang kepada isi Al Quran , umat Islam tidak boleh dipatahkan . 

Mereka menyusun strategi hanya dibenarkan sekadar baca sahaja al Quran. 

Hasilnya kini sedang kita lihat, umat Islam bertelagah, orang 'alim dilukis dengan watak buruk dan jahat, melalui filem, penulisan dan pertelagahan di media sosial yang tidak pasti siapakah pencetusnya , yang melempar umpan untuk umat Islam sambut dan telagahkan secara terhormat  dengan sandaran foto, emosi dan nafsu semata-mata.

Benarlah wahyu Allah , yang buta itu bukan mata tetapi mata hati di dalam dada kamu. Lihat surah al Hajj, ayat 46 , dalil ini.

Pertelagahan di Asia Barat dengan melemparkan umpan semangat kebangsaan Arab dan isu hukum ranting yang mempunyai banyak sandaran ijtihad para ulama' . Umat Islam yang cetek ilmu al Qurannya terus menelan umpan hingga tercetusnya peperangan. 

Sedangkan Islam mengajar kita khilaf adalah rahmat , kerana kita ada banyak sumber rujukan . Apa yang terjadi , isu khilaf di kalangan 'ulama' muktabar dijadikan senjata musuh untuk pecah belahkan umat Islam.

Musuh sentiasa membuaikan umat Islam dengan keseronokan dan sekali sekala lagakan mereka  dengan isu ciput yang dibesarkan dengan menjolok dan menyuntik emosi dan ,minda umat. 

Bersoraklah musuh, dan kita juga bersorak tetapi kampung kita tergadai seperti Pak Kadok. Isilah masa dengan mendalami ilmu al Quran supaya faham gambaran Islam dengan ilmu yang jelas.

Jangan jadi seperti si buta menghuraikan binatang gajah, mengikut apa yang mereka rasa sahaja.Begitulah jika kita tidak faham dan tidak jelas gambaran (tasawwur )  Islam , kita akan melukiskan Islam mengikut selera kita dan akal kita yang memang bersifat dangkal. Kita rasa kita bijak , tetapi hakikatnya kita hanya jahil murakkab.

Sekadar membaca sahaja al Quran belum mencapai tuntutan memahami ilmu al Quran. Walau bagaimanapun membacanya tanpa faham pun pahala tetap dapat. 

_______________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU, MELAKA 

No comments:

Post a Comment