Tuesday, 28 April 2020

Tutorial memanah- cara rawat kesan lebam

Jika anda terkena tali busur(getah), dan lebam di bahagian lengan, jangan cemas, segeralah cari ais ketul dan letakkan di bahagian lebam tersebut .Balut dengan tuala kecil.

Kata orang , jangan cepat mengalah, kesalahan kita itulah akan bertukar menjadi kemahiran jika kita tekun dan istiqamah berlatih . Sifat tekun adalah anjuran nabi s.a.w kita dalam membuat sesuatu perkara, biar sedikit asal tekun dan berterusan.

Istiqamah adalah sifat yang baik menuju kejayaan dan mendepani cabaran. Semua kerja dan lapangan ada cabaran tersendiri , ini adalah fitrah dan sunnatullah.Oleh itu pasakkan sifat istiqamah di hati , bukan lari dari cabaran .Perbaiki setiap kelemahan dan kesalahan dengan uji kaji dan banyak belajar dan bertanya coach anda.








Selamat berlatih
Latihan menjadikan anda pakar
Ambil coach untuk tunjuk ajar, sebab kata orang tua-tua, berguru kepalang ajar ibarat bunga kembang tak jadi 

Buat kajian tarikan busur kita yang mana betul dan yang mana salah

Kaji dan kenali teknik yang betul dan teknik yang salah dan terus perbaiki dan berubah

Tanpa bimbingan coach anda hanya mampu memanah tetapi tiada teknik /kaedah yang betul dan tepat.

Latihan dengan teknik yang betul barulah anda mahir dan pakar.

Anda akan rasai kelainannya.

Guru /coach adalah ibu bapa ilmu kita.


Memanah berkuda -Gambar google

____________________
LAMAN ILMU WAHYU 

Kata Allah 


Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, 


kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; 

dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. 

(Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: 

"Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).


Qarun mendakwa kekayaannya kerana dia bijak merancang ekonomi dan kewangan. 


Kata Allah

Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". 

(Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? 

Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).

(Al-Qasas 28:78)


______________________

Kaya manapun manusia masih mengharapkan Allah untuk masuk syurga. Jika kaya sahaja tetapi tauhid tidak ada, syirik di mana-mana, sukar untuk mendapat redha Allah. 

Sedangkan kayanya Allah, Pemilik alam ini tidak pernah mengharapkan kepada makhluk. Kekayaan yang Allah berikan kepada Qarun, Firaun, Haman dan Namrud, tidak jejaskan Maha Kayanya Allah, ibarat mencelup jarum ke dalam lautan yang luas , air yang melekat di jarum tidak mengurangkan sedikitpun air laut tersebut. Begitulah bandingan Maha Kaya , Allah. 

Seharusnya kita malu kepada Allah untuk lawan Allah dengan sedikit kekayaan yang Allah berikan.

Pembinaan jati diri manusia tidak cukup dengan kaya benda sahaja, tetapi juga perlukan kaya jiwa juga. 

Nabi-nabi dilahirkan dalam keadaan susah , untuk membentuk jati diri manusia, mudah bagi Allah untuk memberikan kekayaan kepada para nabi, tetapi sunnatullah tidak demikian.

Nabi-nabi juga tidak mewariskan dirham dan dinar kepada umat, tetapi mewariskan ilmu. 

Oleh kerana itu dengan mempamirkan kekayaan benda untuk muncul sebagai pembawa obor Islam, sedangkan nilai input ilmu agak kurang, maka berlakulah huru hara dan pertembungan dalam memahami dan melukiskan keindahan ilmu Islam. 

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya beza antara orang  'alim dan orang 'abid seperti bulan purnama di kelilingi bintang-bintang , 'alim adalah bulan dan 'abid adalah bintang.

Kekecohan di alam maya sengaja dicipta untuk mengelirukan umat. 

Sekiranya umat Islam memahami ilmu Islam dari guru yang benar dan belajar secara talaqi, umpan yang dilemparkan musuh bertujuan menjadikan umat resah tidak akan ditelan dan dibahas tanpa ilmu . 

Sebaliknya perbahasan dengan sandaran mata dan emosi dengan hujah beberapa keping gambar yang dilontarkan sebagai umpan yang sangat mengena.

Hanya ikan sepat tidak makan umpan. 

Musuh yang telah mengkaji gelagat dan tabiat manusia sangat berjaya menjolok emosi manusia , hingga mencetuskan suasana hingar bingar. 

Hilang keindahan Islam, yang muncul kekalutan , samada yang kalut itu hanya suka-suka atau ada agenda tersembunyi untuk melukis dan mewarnakan para ulama' sebagai badot dan wajar dipinggirkan dan digantikan dengan menjulang 'abid di langit tinggi.

Halusnya jarum musuh memasuki pemikiran umat Islam, untuk hilangkan keyakinan kepada ilmu Islam dan digantikan dengan kecelaruan dan kekeliruan.

Namun begitu janji Allah pasti, kamu tidak akan dapat memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut-mulut kamu. 

Allah menjaga agamanya kerana cahaya ilmu Islam itu bukan cahaya sembarangan cap ayam yang mampu dimusnahkan,seperti cahaya api dan cahaya lilin yang mampu ditiup untuk memadamkannya .

Cahaya al Quran adalah cahaya Allah dari luh mahfuz/ baitul izzah. Kitab hanya kertas sebagai alat untuk mudah membaca dan memahami kalam Allah. Jika zaman nabi ditulis di pelepah tamar.

Ilmu al Quran adalah nur / cahaya yang mampu merubah hati manusia yang keras, dengan izin Allah . Nur /cahaya hidayah Allah hanya masuk ke hati manusia dengan ilmu .Ulama' mengatakan ilmu ,  iman dan amal. Islam ini diamalkan dengan mengikut hukum syariat bukan ikut selera dan logik akal yang memilih ikut kehendak dan kemahuan dan tinggalkan yang tidak sesuai selera.

_______________

Kisah muallaf di zaman dulu 1960an digambarkan sebagai orang yang belum faham dengan hukum hakam Islam , dibuat cerita lucu bagaimana 3 orang muallaf bersembahyang dan bercakap dalam solatnya.

Pak Imam Dengan Mualaf

ok, cerita lawak kali nie masih lagi pasal tok imam, kali nie kisah tok imam dengan mualaf lak. selamat berhibur ya..
Kisahnyer bermula begini.. ada la 4 orang muallaf yang baru masuk Islam... Depa nie baru jer belajar bab semayang..


kira tau asas jer lah.. 

Pada suatu hari, ketika mereka sedang sembahyang Isya' berjemaah.. Pak Imam nie jadi Imam la kan.. depa pat orang lagi jadi makmum... Pehtu, dalam depa dok semayang nie... ada la sekor tikus besar lalu depan depa... pehtu.. muallaf pertama berkata" Ehh..Tikus..tikus..besarnya..". Tiba-tiba muallaf yang kedua menegur muallaf pertama,"Waktu Sembahyang tak boleh bercakap, nanti batal sembahyang"... Muallaf ketiga lak marah kat muallaf yang kedua,"habis yang ko tu bercakap..".. dan muallaf terakhir pun berkata," Nasib baik aku tak bercakap".. Tuk Imam yang dok kat depan tu pun tergelak..Kesudahannya, semua orang batal sembahyang...Sekian adanya.....


_________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU MELAKA 



No comments:

Post a Comment