Friday, 3 April 2020

Pemanah hebat

Sayyidina Hamzah yang syahid di dalam perang Uhud adalah seorang pemanah berkuda yang handal dan pakar.

Beliau adalah bapa saudara nabi s.a.w dan , jarak usia sebaya .

Beliau ditikam oleh Wahsyi seorang Habsyi yang diupah oleh Hendon.
______________________________

Tradisi permainan panah sebagai pertahanan diri, memburu dan permainan santai adalah sejak zaman nabi Ismail a.s. Keadaan tanah Arab yang tandus dan padang pasir adalah sesuai untuk memanah berkuda.

Kuda adalah simbol kekayaan ketika itu dan adalah aktiviti sukan terbaik yang diiktiraf oleh nabi s.a.w. dalam hadis baginda.

_______________________

Laman ilmu wahyu 



Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: 

kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, 

iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; 

harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; 

kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; 

dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. 

Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. 

Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
(A-li'Imraan 3:14)



Memanah berkuda adalah kemahiran yang baik dan baik juga untuk kesihatan dan kecerdasan badan dan minda 

Nota:

Kepada ibu bapa yang ada kemampuan kewangan disarankan mendafatar anak ke kelas latihan menunggang kuda , seperti di Equestrin Putrajaya 


Kuda termasuk dalam harta benda yang menjadi kecintaan naluri manusia untuk memilikinya. Nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Kita menyintai kuda yang Allah ciptakan, dalam masa yang sama kita lawan Allah.

_________________________


Kuda sebagai simbol kekuatan perang 



Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, 


untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; 

sedang Allah mengetahuinya. 

Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
(Al-Anfaal 8:60) |

Kuda adalah kelengkapan perang semasa nabi s.a.w. menjadi ketua perang menentang musyrikin Mekah.Kuda tidak lengkap jika tiada pemanah handalan. Para sahabat nabi s.a.w. dan nabi s.a.w. adalah pemanah berkuda yang tepat dan handal.
__________________
Kuda sebagai alat pengangkutan
Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya.(Al-Nahl 16:8)



           

Pada masa ini kuda adalah kenderaan yang mengangkut barang dagangan dan orang .
_______________________________




PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI : 019 957 3585




No comments:

Post a Comment