Tuesday, 31 March 2020

Tutorial memanah -kedudukan siku






Gambar dari google

Kedudukan siku di gambar atas adalah cara yang salah 
dan kedudukan siku di gambar bawah adalah cara yang betul



Kesalahan cara memegang busur , seperti gambar di atas boleh menyebabkan tali panah terkena lengan kita , dan boleh jadi biru lebam terkena bidasan tali.

Bagi pemanah baru, jika tidak yakin, boleh gunakan pembalut lengan.

Kebiasaannya jarang pemanah yang terkena bidasan hingga biru lebam lengan , hanya segelintir sahaja yang terkena , mungkin salah cara pegang.


______________________
Senamrobik 

Mulakan dengan menarik nafas dengan hidung dan lepaskan dengan mulut.

Kemudian lari setempat.

Buat senaman dengan gerakan untuk kepala, bahu, tangan, kaki , dan pinggang.

Gerakan panaskan badan penting, supaya otot-otot kita tidak digunakan secara mengecut ketika latihan sukan .

_____________________
Laman ilmu wahyu


Minuman yang baik ialah rendaman air kurma selama paling tidak 4 jam, ini kerana kurma kaya dengan asid amino . Ini adalah minuman kegemaran nabi kita s.aw. 

Maksud hadis nabi s.a.w sakit bermula dari perut.

Kajian ahli sains pula mendapati daya tahan badan (antibody) 80% bermula dari perut . 

Al Quran adalah selari dengan fakta sains , ini adalah satu bukti bahawa al Quran adalah dari Allah.


_____________________________


Wahai orang-orang yang beriman! 

Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, 

pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; 

cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); 

mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita):

 "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
(At-Tahriim 66:8)

Perbanyakkan taubat , tingkatkan nilai iman dan amal soleh kerana di akhirat amal soleh dan iman kita menjadi cahaya yang berjalan di depan kita untuk menerangi jalan kita dan di kanan kita. 


Ibrah , oleh itu jangan jemu melakukan amal solah dengan penuh ikhlas beriman . Jangan rasa menyesal jika amal soleh kita tidak dinilai oleh makhluk di bumi, kerana Allah menilainya dan dimasukkan ke akaun akhirat kita , menjadi cahaya.

Sempena wabak covid-19 ini marilah kita bermuhasabah diri dan tingkatkan iman kita.

_________________________________

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. 

Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, 

dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). 

Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); 

dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. 

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.


Sempena wabak covid -19 ini barulah kita dapat rasakan , bagaimanakah hari esok, kerana perancangan kita telah tidak berguna, kerana perancangan Allah paling hak dan benar.

____________________

PUSAT DAGANGAN PULAI ( 003021717-M )
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI: 019 957 3585



No comments:

Post a Comment