Saturday, 18 January 2020

Faraid Penghalang

Halangan kedua krew kami dalam mendapatkan tanah sawah untuk disewa ialah faraid. Sukar bagi waris untuk selesaikan harta peninggalan si mati.

Akibatnya sewa tanah tidak dapat dibuat, tanpa restu tuan tanah.

Bayangkan sejajar tanah sawah tidak boleh digunapakai kerana faraid sukar diselesaikan, Kematian berlapis dan waris yang ramai yang tidak dapat disatukan. 


_______________
Kami mempunyai kepakaran menyelesaikan masalah faraid selama 30 tahun lebih . Jika tuan-tuan tanah berminat boleh hubungi kami melalui temu janji. 

Kami ada tempat mesyuarat yang boleh memuatkan 40 peserta. 


Bilik kursus / mesyuarat PDP mampu menampung 40 peserta sahaja 

Bilik kursus/mesyuarat PDP, boleh menampung 40 peserta  sahaja 


Kami juga boleh membantu waris dengan melantik kami sebagai perantara.

Jika dibiarkan masalah semakin rumit, selesaikan setakat yang kita mampu. Faraid adalah hukum Allah dan arahan Allah untuk diselesaikan supaya waris dapat menikmati harta yang ditinggalkan dan negara serta umat dapat bangunkan ekonomi kita .

Harta cair dalam masyarakat.

____________

Krew kami sempat bertemu dengan seorang waris sahaja, di kedai Tom Yam, Kampung Pulai , yang juga berminat untuk membuat projek bina rumah untuk generasi muda yang sedang mencari tapak rumah.

Hasil perbualan kami dengan penduduk setempat, harga tanah bagi satu tapak rumah , geran bersyarikat kini mencecah rm100 ribu lebih .

Adalah sangat tidak ekonomi, tanah dibiarkan begitu sahaja tanpa ikhtiar dari waris untuk selesaikan , hak milik yang sempurna.


Banyak perusahaan dapat dibuat di atas tanah tersebut, seperti ternakan itik, ayam kampung, dan lain-lain dengan mendapat khidmat nasihat dan bantuan dari jabatan berkaitan.

Perniagaan itik salai, ayam salai sangat meluas kini , dan kita boleh bangunkan di warung Pantai Siring .Setiap minggu warga Kuala Lumpur sering turun ke Melaka untuk bercuti, ruang dan peluang ini sangat menarik. 

Jadikan Pak Man Asam Pedas , di Bukit Katil sebagai pencetus usaha kita .

_____________


PUSAT DAGANGAN PULAI(PDP)
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI: 019 957 3585 

_____________
PERNIAGAAN INI MILIK MELAYU MUSLIM

No comments:

Post a Comment