Saturday, 18 January 2020

Air masin


Sebidang tanah , pokok besar yang menjadi rumah monyet 


Krew kami telah meninjau sebidang tanah hampir satu ekar di jajaran Pantai Siring , iaitu Serkam Pantai ,petang semalam, Jumaat, 17/01/2020.

Dua masalah yang kami dapat kesan ialah
1. Air laut yang masuk ke tanah tersebut kerana tiada benting pasir hadang air laut

2. Tiada sumber air, seperti parit dan tali air, sukar untuk bangunkan kolam ternakan puyu. Telaga tiup dan telaga yum boleh digunakan tetapi tidak ekonomi .

____________

Tindakan
1. Pihak berwajib tempatan harus membantu kami penduduk Pantai Siring untuk membuat hadang /benting air  laut dan parit & tali air untuk memudahkan kami menjalankan ternakan ikan air tawar kerana padi tidak diusahakan lagi 


_____________


Jajaran sawah dari Pantai Siring hingga ke Serkam Pantai , mengikut talian elektrik 

Penduduk kampung yang berhampiran sangat gembira dan berbesar hati jika kami jalankan perusahaan ternakan puyu, kerana setidak-tidaknya dapat mengurangkan gangguan monyet yang berkeliaran masuk ke rumah dan kebun pisang penduduk di situ .

Kelincahan monyet-monyet ini katanya mampu merungkai kain balutan pisang mereka dan menumbangkan pokok pisang .

Krew kami dihidangkan goreng pisang nipah panas-panas , kaw gitu.

Hasil kebun yang segar. 

Penduduk kampung juga bertanam keladi, tetapi mendapat gangguan air masin dari laut.

Molek kiranya MPKK mengambil usaha membantu penduduk kampung , sudah 60 tahun merdeka, berilah sedikit cakna buat kami .

Rayuan kami lagi sekali, warung di Pantai Siring tumbuh dengan pesatnya kini, gerai ikan, gerai sayur dan makanan  kering serta pakaian , tetapi malang sekali, jalan agak sempit, semoga pihak MPKK dapat membantu kami.

Suatu yang baik kini telah dibina iaitu bilik air, untuk penggunaan pengunjung ke warung di situ.

Panorama pada waktu malam di warung tepi gigi air Pantai Siring 
Ada wakaf untuk duduk santai sambil minum kopi, sebelum turun memancing 


______________

PUSAT DAGANGAN PULAI
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI : 019 957 3585

_____________

PERNIAGAAN INI ADALAH MILIK MELAYU MUSLIM 


No comments:

Post a Comment