Monday, 27 July 2020

Amal soleh

LAMAN ILMU WAHYU



Kata Allah, 


(Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu.

___________________
Tadabbur ayat Allah 

Jika kita buat baik , maknanya kita berniaga dengan Allah dapat balasan pahala di akhirat. Inilah perniagaan yang tidak pernah rugi. Jika kita buat amal jahat, balasannya juga di akhirat, balasan orang yang rugi dan menyesal.

Jika kita tidak buat apa-apa , kita memilih sebagai penonton sahaja, tidak berebut buat amal soleh , di akhirat juga kita tidak dapat apa-apa.

Jadi jangan takut dan ragu untuk buat amal soleh / baik sebab balik kepada diri kita juga kebaikannya di dunia dan akhirat .

__________________
Gejala menukar istilah amal jahat dengan bahasa lain adalah untuk menghilangkan rasa gerun kepada dosa. Seperti anak zina, istilah wahyu ditukar kepada anak tidak sah taraf, anak luar nikah. Sedangkan menggunakan istilah zina itu menggerunkan hati dengan neraka Allah.

Kini istilah mengumpat ditukar kepada membawang, supaya tidak lahir rasa gerun dengan dosa, sebab larangan Allah dalam al Quran, mengumpat adalah dosa. 

Sedangkan bawang adalah makanan anugerah Allah yang menyedapkan makanan .Tanpa bawang masakan tidak enak.

___________________

Kata Allah , 



Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata:

 "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". 

Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), 

Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata:

 "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".

________________
Tadabbur 

Begitulah syaitan mengindahkan kerja jahat supaya manusia keliru dan celaru.

______________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000 , MERLIMAU, MELAKA 

No comments:

Post a Comment