Saturday, 25 July 2020

Buat baik untuk diri kamu

LAMAN ILMU WAHYU 


Kata Allah, 
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
___________________
Tadabbur ayat Allah, apa yang kita buat kembali kepada diri kita, jika baik, baik kembali kepada kita, jika amal jahat yang kita buat, kembali kepada diri kita juga.

Masyarakat yang tidak berjiwa agama, jika kita tolong orang akan diucapkan samada dalam nada manis atau sinis, sindiran halus dan perli yang bertujuan menghina ialah barua. 

Sedangkan Allah yang membuat kita, berkata, segala amal baik yang kita lakukan dengan ikhlas akan kembali kepada diri kita juga .

Beza antara kalam Pencipta dan kalam hamba yang jahil wahyu serta menurut hawa nafsu yang rendah seperti Arab Jahiliyyah sebelum turun wahyu.

Sebesar biji sawi, sebesar zarrah(atom) , sebesar molekul yang tidak nampak dengan mata lendir pun amal baik kita, pasti Allah balas , kerana Allah Maha Halus dan Maha Teliti.

Sebenarnya ucapan kita itulah nilai diri,  dan minda kita untuk orang lain baca apa yang ada di benak kita, samada tin kosong atau sarat dengan ilmu .

Ini bukan menghukum dan menilai, tetapi jika kita genggam isi durian, isi durianlah yang akan keluar, dari tangan kita. Sebaliknya jika kita genggam belacan, belacanlah yang akan keluar dari genggaman kita beserta araomanya. 

Ada masa zahir menunjukkan batin dalam perbandingan ini adalah tepat. 

_______________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000 , MERLIMAU , MELAKA 



____________




No comments:

Post a Comment