Sunday, 21 June 2020

Rezeki di tangan Allah

LAMAN ILMU WAHYU



Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
(Al-Waaqi'ah 56:69) |

************************
Banjir adalah cara alam mendatangkan baja kepada tanaman dari hulu sungai ke muara sungai.Ilmu kita sangat sedikit untuk mengetahui kandungan baja dalam air hujan dan air banjir.

Banjir bagi alam manusia rumah kediaman tenggelam, jalan pengangkutan juga terputus hubungan. Kerugian kerana ternakan dilanda banjir, namun bersama musibah banjir Allah kirim baja yang tidak ada bandingannya dengan ciptaan manusia.

Ini tanda alam ini milik Allah, kita hanya menumpang rezeki Allah sebagai hambaNya yang memang alam disediakan untuk manusia.

Gambar hiasan dari google

Mangsa banjir akibat hujan lebat pada hari Sabtu 20/06/2020 
Kolam puyu PDP dipenuhi air hujan , di sekeliling kolam 
kebetulan tanah lebih tinggi , kesan pembangunan bina kolam besar , 
maka keluarlah puyu berbondong-bondong ,
 mangsa dikutip dan ditemui pada pagi Ahad oleh anak buah di sana , atas info dari jiran terdekat, terima kasih semua atas sokongan kalian, membantu kami . Allah jua yang membalas. 

Dua minggu lepas , 04/06/2020 hingga 08/06/2020
 Allah beri rezeki ubi kayu , limau purut , hasil lumayan dipetik setelah 10minggu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan ) 

Hidup ini hanya dua pusingan, untung dan rugi dalam perniagaan dan pertanian, dan semua bidang hidup, ibrah dan pengajaran hanya bagi kaum yang mahu berfikir.

Pasang surut air banjir adalah untuk mencuci bumi dan pasir, dari sampah dan kotoran. Ini adalah sistem Allah Ta'ala menjaga alam miliknya. Kita hanyalah musafir yang berjalan di bumi Allah menuju ke alam akhirat yang abadi .

Kesan hujan lebat pada Sabtu 20/06/2020 ,
untuk kolam besar , iaitu litar bot laju 
air jernih dan penuh, sejuk mata memandang . 
Dalam musibah tetap ada rahmat Allah, begitulah Maha Kayanya Allah, kita miskin kerana semua milik Allah, kita tiada apa pun diri kita milik Allah 

Penggunaan kolam besar, satu sesi untuk kolam renang kanak-kanak penghuni homestay kami, dan satu sesi untuk litar bot laju kawalan jauh 

Sila ke kolam kami untuk membeli bot kawalan jauh dan melayari kolam.Operasi kami semasa PKPP hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.


************************
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU ,MELAKA 

No comments:

Post a Comment