Saturday, 27 June 2020

Laut sumber rezeki

LAMAN ILMU WAHYU 

Kata Allah, 



Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.

******************
Para ulama' menyatakan bahawa dengan melihat air dapat hadirkan ketenangan.

Manusia memang sukakan air, sungai, laut, tasik, lata atau air terjun, air gunung, tasik buatan , kolam buatan dan semua jenis taman tema air manusia cipta untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan untuk manusia.

Allah turunkan hujan sebagai sumber air, dan angin sebagai khabar gembira bahawa nikmat dan rahmat hujan akan turun untuk membawa bersamanya kenikmatan dan kenyamanan.

Hujan menghidupkan bumi yang  mati, menumbuhkan biji benih, membersihkan bumi dan alam. Bayangkan tanpa hujan, manusia akan mati kering. Nikmat Allah sangat banyak dan kita tidak mampu untuk mengira dan membilangnya.

Namun masih ramai manusia yang lawan Allah.Manusia seronok dan suka melakukan syirik dengan Allah.Tepatlah dengan makna kalimat manusia itu sendiri iaitu  , makhluk yang lupa. Oleh kerana itu tazkirah atau peringatan sangat diperlukan.Bagaimana untuk hadirkan ingatan kepada Allah, salah satunya dengan mentadabbur (mengambil pelajaran)dari ayat-ayat Allah, iaitu al Quran sebagai kitab mukjizat ilmu dan alam sebagai bahan kajian nyata.

Bagaimana pun masih ramai umat yang hanya mengagumi bukti alam nyata dengan keindahan tanaman, binatang , cakerawala, lautan yang penuh isi berupa nikmat , yang menarik, namun masih gagal mendapat hidayah dari kajian dan pengamatan mereka. Mereka hanya berlumba-lumba untuk memiliki isi alam ini, tanpa rasa jemu dan puas,iaitu apa yang akan ditinggalkan , tanpa pedulikan haram dan halalnya. 

Saintis Barat dan Islam masih ramai yang belum berjumpa jalan yang benar, sirod mustaqim. Mereka masih leka, lalai dan sesat dalam kotak akal yang sempit dan nafsu ammarah yang rendah.Mereka masih selesa dan perasan dengan anugerah Allah kecerdikan yang sedikit dan bijaksana yang kurang . Hanya manusia yang bertaqwa sahaja yang beruntung , bijak dan selamat di dunia dan akhirat.

Tepatlah kata-kata bijak pandai iaitu para ulama'  bahawa untuk kenal Allah adalah dengan mengenal diri.

Beruntunglah orang yang menemui jalan menuju Tuhannya dan amat rugi dan malang orang yang gagal menemui jalannya.

Ada 4 jenis kejayaan 
1. Berjaya di dunia sahaja 
2. Berjaya di akhirat sahaja 
3. Berjaya di dunia dan akhirat
4. Tidak berjaya di dunia dan akhirat 

Allah berikan kita akal, wahyu (ilmu), kejadian yang indah dan alam ini untuk kita menjadi hamba Allah yang taat di dunia ini dan memakmurkan bumi ini. 

________________



No comments:

Post a Comment