Sunday, 1 March 2020

Gredding puyu




Kerja-kerja pengredan benih  ikan puyu induk jantan dan betina. Alam ikan puyu ialah nisbah  induk betina satu ekor memerlukan empat ekor induk jantan, untuk mengawan selepas suntikan ovaprim .

_____________________

Semasa sembang santai di tepi kolam puyu pdp, petang semalam , penduduk asal Kampung Pulai yang merupakan salah seorang AJK( ahli jawatan kuasa ) Maahad Tahfiz Haji Talib, di Jalan Nikmat , Kampung Pulai Pantai, katanya ikan puyu boleh pupus jika tidak diasingkan , kerana puyu yang besar akan memakan anak benih .

Inilah agaknya yang dibuat peribahasa oleh orang tua-tua dulu, hasil dari pengamatan dan pengalaman mereka di sawah, ladang, iaitu hukum rimba.

Sebab itulah mulianya manusia kerana diberikan akal dan ilmu, sedangkan haiwan hanya diberikan naluri.

Walaupun ada naluri keibuan dan kebapaan , sebahagian haiwan tetap makan anak.

Inilah sunnatullah 

___________

Kata Allah dalam surah Hud ayat 6, Akulah yang memberi rezeki kepada semua makhluk dan Allah  tahu di mana tempat berdiamnya dan tempat penyimpanannya, semua ada direkodkan di Luh Mahfuz.

Sebab itu kita nampak ikan puyu sembunyi dalam lumpur, walaupun sawah kerring, ikan masih boleh hidup.

Allah penjaganya .

_____________________
Kepada peminat penternakan ikan air tawar, ikan puyu, boleh ikuti kursus di kolam pdp pada 


HARI :SABTU
TARIKH: 14/03/2020
YURAN :RM30.00


Jaminan kami anda mampu menjadi penternak ikan puyu secara kecilan dan secara komersial, setelah mengikuti kursus di kolam kami selama separuh hari.

______________________
Pejabat Pertanian ada skim memulihkan tanah sawah terbiar. Sesiapa yang berminat boleh ke kolam kami , kolam pdp untuk berbincang , pada setiap Sabtu.

_______________________



PUSAT DAGANGAN PULAI 

No comments:

Post a Comment