Saturday, 22 February 2020

Sukatan/silibus kursus

1. Penyediaan kolam
2. Kos saraan
3. Permintaan pasaran
4. Pembenihan 
5. Penjagaan rega
6. Peringkat makanan 
7. Jenis masakan popular 

_________________


Huraian 
1. Penyediaan kolam 

- Jenis kolam ada 3:

i. Kolam tanah
ii. Kolam koncret / simen 
iii. Kolam fiber/tangki

Huraian 

-Kolam tanah, kena cari yang dekat dengan sumber air seperti air terjun, air bukit , air sungai , air tali air, alur atau anak sungai, supaya mudah untuk pam air ke dalam kolam dan menjimatkan kos.

-Jika jauh dari sumber air , masih boleh diusahakan dengan menggali perigi atau perigi tiub . 

- Kemudian masukkan air ke dalam kolam dengan menggunakan pam air , juga untuk mengeluarkan air menggunakan pam.








_________________

Cara buat kolam sawah/tanah 

- Sawah adalah yang terbaik, iaitu sawah terbiar, sebab mudah untuk gali dan tidak rosakkan tanah , semulajadi sawah biasanya dah ada air (Jabatan pertanian ada menyediakan skim tanah terbiar untuk diusahakan , sila hubungi bahagian berkaitan )

- Sawah boleh digali dan dibuat batas agak tinggi juga kerana ikan betok / puyu suka melompat 

- Juga supaya ikan tidak keluar sekiranya hujan lebat

- Petak sawah boleh digali dengan menggunakan jcb, sewaan dalam rm400.00 sehari 

______________
Kelebihan kolam tanah 

- menternak puyu dalam kolam tanah adalah yang paling baik kerana sesuai dengan habitat ikan puyu suka kepada lumpur, 

- belaan dalam lumpur menjadikan ikan puyu/betok cepat besar dalam masa /tempoh matang 6 bulan (manusia tidak mengetahui semua rahsia kandungan dalam tanah dan air hujan ciptaan Allah s.w.t., Maha Kaya Allah), yang ahli sains temui Allah kata hanya sedikit dari ilmu Aku, 

- bagi benih Thailand , champhon f1, boleh mencapai 250 gram berat bagi seekor ikan 

- 6 bulan boleh dituai atau dijadikan induk

- Jika jarak dekat dengan rumah adalah terbaik 

______________
Kekurangan kolam tanah :


- terdedah kepada musuh manusia dan binatang
- manusia yang hasad dengki  mungkin akan menuba kolam kita
- musuh biawak , memerang, monyet , semua kena kenal pasti, bagaimana pun sebagai makanan haiwan tersebut , tidak banyak yang dimakan 
- sekiranya jarak kolam jauh dari rumah, perlukan kos tambahan, pagar, jaga dan seumpamanya 
- semasa menuai hasil juga rumit bagi kolam tanah, keran ikan puyu akan menyorok ke dalam lumpur 
-perlukan tenaga kerja yang ramai ketika menjala 


______________________

ii. Kolam konkret / simen 

Kolam ini boleh dibina dengan dua cara, dengan menggali sedalam 2 1/2  hingga 3 kaki 

atau membinanya terus di atas tanah, ini yang kebiasaan dan ramai orang buat, tetapi dari segi pemandangan lebih cantik yang dikorek ke dalam tanah , kerana kolam tidak kelihatan 





____________________

Kaedah penyediaan kolam simen

-Setelah siap dibina, jangan terus dilepaskan benih, ikan kerana kolam perlu direndam dengan batang pisag atau nenas terlebih dahulu untuk hilangkan ketajaman simen dan apa-apa yang berkaitan 


-Semasa pembinaannya hendaklah menggunakan besi brc di bahagian tapak /lantai supaya tanah tidak berenjut 






_______________

Kelebihan kolam konkret

- mudah dibina berhampiran kediaman kita
- mudah dituai ikan dengan keringkan air dengan pam 
- air yang dicurahkan ketika menukar air, boleh dijadikan baja tanaman 



___________________

Kekurangan kolam konkret/simen 

- ikan yang dibela di kolam simen/konkret tidak mencapai pembesaran sehingga 250 gram seekor, baka Thailand/champion f1

- air perlu ditukar mengikut kesesuaian, 

- perlu ditambah dengan tanah selut dari sawah , dua tiga baldi ikut saiz kolam untuk keperluan habitat puyu sukakan lumpur 

- harus menanam pokok kiambang, keladi bunting dan kangkong sebagai teduhan dan akar tanaman ini adalah makanan ikan puyu, keladi bunting ,,makanan ikan haruan, akar kangkong dan kiambang makanan ikan puyu 

- kiambang dan keladi bunting amat cepat membiak walau pun di paya tiruan 

- harus menggunakan pam untuk putaran air supaya tidak berbau air paya 

____________________

iii. Kolam fiber 

Kolam ini mudah dialeh , tetapi kosnya agak mahal 

____________________

2. Kos Saraan 

bersambung ..


_____________
PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI: 019 957 585



PERNIAGAAN INI MILIK MELAYU MUSLIM 









No comments:

Post a Comment