Thursday, 23 January 2020

Alam tumbuhan



Pokok mangga subur dengan siraman air dari kolam ikan puyu, dapat jimat kos baja , kini kami tidak lagi membeli baja , cukup dengan siraman air itu sahaja 


***
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
(Al-Waaqi'ah 56:63) |

Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?







Dia lah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya.



Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.


Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.


Nota : Fotosintisis , cara pokok makan adalah dengan adanya cahaya matahari 

_________________


Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?


Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Al-Nahl 16:18


_______________________

Bangun pagi, tengok jam, besi Allah punya, ada surah besi dalam al Quran, mandi air Allah punya, sarapan, telor ayam masak separuh, ayam Allah jadikan , Allah besarkan, Allah berikan rezeki, tapi kenapa lawan Allah? Kenapa tidak mahu guna pakai sistem Allah Ta'ala dalam al Quran sebagai kitab ilmu dan panduan?


***

Ia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.
(Al-Nahl 16:4)




______________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI: 019 957 3585

_________________
PERNIAGAN INI MILIK MELAYU MUSLIM 

No comments:

Post a Comment