Saturday, 28 December 2019

Cadangan info harta pusaka

Kami dalam rangka siapkan bilik kursus dan mesyuarat  di PDP. Program yang bakal kami adakan ialah info atau maklumat mengenai pengurusan harta pusaka . 


Cadangan bilik kursus 
Kami sedang menempah P. A sistem , meja  banquet dan  kerusi , dan sedikit kelengkapan bilik kursus / mesyuarat , semoga Allah mudahkan dan diberi keberkatan.



Kepada sesiapa yang mempunyai agenda dan program kemasyarakatan boleh hubungi kami di talian 019 957 3585 .

Kami cuba siapkan sekadar segera.

Kepada sesiapa yang berminat boleh sertai kolokium ilmu (kolokium pula merupakan perjumpaan atau persidangan yang bersifat tidak formal untuk membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah, perbincangan secara berkumpulan )  atau diskusi ilmu  atau sembang santai ilmu  , supaya harta pusaka yang bernilai 90 billion tidak terbiar kaku dan lesu.

Ini merencatkan ekonomi umat yang hauskan pembelaan ekonomi .


Sembang santai sarat ilmu pembahagian harta pusaka ini adalah percuma, semua dijemput hadir , terutama tuan punya tanah sawah yang terbiar di Baroh Kampung Pulai, Merlimau , Melaka, maksudnya ahli waris si mati, sila hubungi saudara mara anda.


Peluang yang baik ini datang sekali sahaja, jangan persiakan-kata-kata Hamka 

____________

Masalah dalam pembahagian harta pusaka sangat banyak dan rumit , sila temui kami, kami sedia membantu menyelesaikan masalah anda:



Apakah yang dimaksudkan dengan harta pusaka? Kenapa perlu disegerakan pembahagiaannya? 




Di mana kami nak selesaikan urusan harta pusaka


Bila masa terbaik kami uruskan harta pusaka

Siapakah waris si mati

Apakah harta aleh

Apakah harta tidak aleh

Bagaimana nak urus harta pusaka bagi si mati yang tidak ada waris


Jika si mati mempunyai anak perempuan sahaja , siapakah waris



Jika si mati ada hutang bagaimana nak uruskan?


Jika si  mati mendapat derma pada hari kematiannya, adakah dikira harta pusaka? 
Saujana mata memandang sawah padi yang terbiar lebih 40 tahun 


Ada 1001 macam masalah dalam urusan harta pusaka. Sama-sama kita rungkaikan secara berhemah, agar yang kusut menjadi mudah, terutama tanah sawah di Baroh, Kampung Pulai Pantai, Merlimau, Melaka.



Kepada ahli waris harap dapat temui kami. Pihak kami hanya memerlukan sejalur sahaja sawah padi untuk diusahakan ternakan ikan air tawar m secara sewa. Perjanjian sewaan kami akan sediakan . 01/ Jumadil Awwal1441
_______________


PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 73000, MERLIMAU MELAKA 
TALIAN KAMI : 019 957 35 85 

PERNIAGAAN INI ADALAH MILIK MELAYU MUSLIM 






No comments:

Post a Comment