Friday, 27 December 2019

Bahagian Ibu



Gambar hiasan 





Surah An Nisa'/11
_______________________________


Ajal maut adalah ketentuan Ilahi. Faraid adalah pembahagian harta selepas mati .


Semua waris berhak mendapatkannya seperti arahan Allah dalam ayat di atas.



Urus harta pusaka berdasarkan hukum Allah yang terdapat dalam surah an Nisa'/11, supaya ia tidak menjadi harta puaka. 

Harta hanya ujian iman ,  taat hukum Allah adalah kewajipan. Berikah hak kepada yang berhak. 

_____________

Bahagian Ibu 
Gambar hiasan

Ibu adalah orang yang mengandungkan kita, melahirkan kita , mendidik kita, memberikan kita perlindungan dan kasih sayang. Ibu berikan kita rasa aman di kala kita rasa takut, ibu orang yang tenteramkan kita di kala kita resah, ibu sangat memahami kita jiwa dan raga.

Ibu adalah orang yang mendakap kita ketika kecil dan bayi dengan penuh kasih sayang. Ibu menjaga kita hingga kita di usia tua , dengan doa dan harapannya, jika ditakdirkan umur panjang .

Dalam darah kita ada darah ibu ayah kita supaya kita rasa , kita adalah anak mereka .

Ibu berkongsi makanan dengan kita ketika kita berusia 0-4 bulan , tetapi susu yang kita minum adalah dari jerih ayah, demikian ulama' tafsirkan. 


Sebab itu Islam meletakkan susu ibu adalah hak ayah, asbab itu ibu susuan kena minta izin dengan ayah untuk menjadi ibu susuan, seperti Nabi Muhammad s.a.w. ada ibu susuan .



Rahim ibu adalah tempat Allah besarkan kita sebagai janin , dengan sarung yang mengandungi air untuk lindungi kita semasa ibu terjatuh, iaitu sebagai dunlop untuk kita . 

Allah namakan rahim bermakna kasih sayang, kasih sayang Allah kepada kita dan kasih sayang ibu kepada kita.

Begitu besar dan mulia tugas ibu kepada kita, tiada harga yang mampu dibayar. Ibu orang pertama yang kita lihat.


_______________________________

Dilema bahagian ibu 


Gambar hiasan


Ujian harta yang seringkali menjadi isu dan dilema dalam masyarakat kita ialah faraid bahagian ibu, jika anak lelaki mati dahulu. 

Dilema ini terjadi akibat kejahilan umat mengenai faraid dan harta pewarisan yang terdapat dalam surah An Nisa'. 

Allah letakkan hukum ini dalam surah wanita, agar wanita berfikir tentang hak dan tanggung jawab harta pusaka.

Malangnya ramai di antara kita yang pandang remeh arahan Allah, dan cuba pertahankan hak suami mereka hingga membawa kepada perbicaraan di mahkamah.

Dorongan rasa bahawa harta suami adalah atas penat lelah mereka suami isteri  , mendorong ramai pasangan  nafikan hak ibu bapa si mati.


Gambar hiasan 


_________________________
Siapa  ibu kita ? 


Gambar hiasan 

Sila rujuk surah Luqman /14, 

(Ibu mengandungkan kita payah atas payah )


*****

Ibu adalah orang yang bersama kita sejak air benih dipancarkan ke rahim ibu. Secara purata kita bersama ibu sebelum kita berkahwin adalah selama 25 tahun.

Mungkin juga 30 tahun atau lebih, dalam tempoh ini, ibulah wanita yang paling dekat dan rapat dengan kita sebelum kita didampingi oleh pasangan kita samada isteri atau suami.

Allah Pencipta kita tahu , dan Maha Tahu, sebab itulah bahagian harta pusaka ibu adalah sebanyak 1/6 daripada keseluruhan jumlah harta si mati. 

Bahagian isteri hanya 1/8 sahaja, samada satu isteri, dua isteri , tiga dan empat, tetap 1/8 bahagian .

Isteri adalah orang yang ditanggung oleh wali, bukan orang yang menanggung. Allah tahu walau pun isteri lemah, tetapi orang yang lemah ini diberikan sedikit bahagian , kerana Allah tidak berikan hak menanggung .

Itulah maksud keadilan Ilahi bukan sama banyak, tetapi adil dalam ajaran Islam ialah meletakkan hak kepada tempatnya. 

Jangan melihat kepada nilai dinar, emas dan perak lihat kepada ketetapan Allah dalam al Quran , mengikut peraturan dan ketetapanNya , tentang kedudukan ibu dalam Islam .

Semua orang ada ibu, tetapi tidak semua orang menjadi ibu, sebahagiannya menjadi ayah .


Gambar hiasan 


___________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 73000, MERLIMAU, MELAKA 

Talian kami : 019 957 3585 

No comments:

Post a Comment