Tuesday, 3 December 2019

Menarik

Bagaimana nak kenal lokasi pdp home stay ?




Tidak jauh dari masjid lama kampung Pulai Pantai, Masjid ar Rahman, dan juga Masjid baru ar Rahman, kami di tengah-tengah antara dua masjid.

Bagi yang menginap di pdp homestay , anda masih boleh solat di masjid .

Anda juga boleh membaiki kerosakan  kereta atau kenderaan anda di bengkel dua alam berhampiran pdp homestay, sekiranya kereta anda tiba-tiba bermasalah. 

Bengkel dua alam ini juga boleh membaiki motor bot , sebab itu mungkin dinamakan bengkel dua alam.

Bagi penghuni pdp homestay jika anda ingin merasai kueh putu piring asli buatan orang lama Melaka , lembut,  anda boleh dapatkan di warung kopi, bawah pokok tidak jauh dari bengkel dua alam tersebut.

Kuehnya sedap lembut , menurut peniaga tersebut, rahsia sedap dan lembut, kerana tepung beras dikukus terlebih dahulu di rumahnya sebelum dikukus kali kedua di warungnya. Selepas dikukus kali pertama, terus diayak untuk mendapatkan kesebatian tepung beras yang lembut.

________________

Jika anda inginkan tempahan lauk dan nasi dalam jumlah yang banyak , anda boleh hubungi kedai makan berdepan masjid lama Kampung Pulai Pantai, Masjid ar Rahman.

________________

Jika anda inginkan ais krim sebagai buah tangan , kedai aiskrim tidak jauh dari pdp homestay 


_______________
PUSAT DAGANGAN PULAI (PDP) 003021717-M
KM 16. JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU , MELAKA 


H/P:019 957 3585

No comments:

Post a Comment