Tuesday, 3 December 2019

Kenapa pusat dagangan ?

Soalan 

Apa tujuan asal menubuhkan Pusat Dagangan Pulai??

Jawapan

Hasrat pemiliknya ialah untuk majukan tanah pusaka kedua ibu bapa, pesanan arwah, tanah di tepi jalan adalah tanah gred A, apa saja diletakkan boleh diniagakan, mengikut perkiraan arwah. 


Selain dari itu ialah untuk meneruskan cita-cita perniagaan dan hasrat terpendam , yang kebetulan pernah mendapat peluang berkursus perniagaan di London , di Institut Cranfield Institute of Technology College of Aeronautics , pada tahun 1984. 

Kini telah naik taraf universiti .

Sebaik sahaja tamat pengajian di Institut, terus ikuti kursus yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia (Barisan Nasional) selama 3 bulan bersama usahawan berjaya ketika itu seperti Percetakan Aman Press dll. 

________________________

Riadhah adalah sebahagian dari ajaran Islam kerana Islam adalah cara hidup. 

Roh atau semangat kesukanan atau riadhah dari cara hidup nabi s.a.w. di mana baginda pernah berlumba lari selepas solat subuh dengan isteri baginda , Sayyidatina  Aisyah , ibu kita, ibu orang mukmin.

Jiwa perniagaan dan keusahawanan adalah jiwa nabi s.a.w. kita, sejak berusia 6 tahun baginda menternak kambing di padang bapa saudaranya .

Membawa dagangan ke Syam dan Yaman termaktub dalam al Quran . 

Isteri baginda seorang ahli perniagaan, Sayyidatina Khadijah, ibu kita,ibu orang mukmin.

__________________

Nabi Ismail a.s. ketika berusia 10 tahun , selalu bermain panah di sekitar kawasan kaabah, sehinggalah nabi Ibrahim a.s. datang untuk mengajak baginda mendirikan kaabah.

Memanah adalah kepakaran umat Islam .

__________________




PUSAT DAGANGAN PULAI (PDP)003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 73000, MERLIMAU, MELAKA 
H/P : 019 957 3585


No comments:

Post a Comment