Thursday, 12 December 2019

Tinjau sawah terbiar


Mengikut jadual perancangan pada hari Isnin 09/12/2019 , krew kami telah membuat lawatan tinjauan sawah terbiar lebih 40 tahun 

Adalah molek kiranya kita sama-sama usahakan dengan minat masing-masing, antara yang boleh diusahakan, ternakan ayam kampung, ayam gergasi, itek dll

Projek utama ialah ternakan ikan puyu, kami hanya perlukan sejalur sahaja, dan akan dibuat jalan laluan untuk mudah masuk dengan kenderaan ke tapak sawah.

Lokasi tidak jauh dari Jeti Pantai Siring yang sedang maju dengan tumbuhnya warung dan restoran berbanding pada tahun 2014.

Lokasi ini dikira tidak jauh dari bandar juga.

Jeti Pantai Siring boleh ke Pulau Besar atau kelong 


Jeti ini bergantung kepada pasang surut air untuk ke Pulau Besar atau memancing di kelong


Warung di sekitar jeti, mudah untuk dapatkan makanan terutama hari Sabtu dan Ahad



Bukan tanah sawah, jauh dari sumber air tidak ekonomi dan boleh merosakkan permukaan tanah 


Perlu dekat dengan punca air, untuk dalamkan sawah sedalam 3 kaki dan masukkan air dari tali air . Ukuran biasa ialah 40kaki x100kaki , untuk keluasan kolam tanah, iaitu 4,000 kaki persegi


Jika ada tuan sawah yang berminat sewakan satu jalur sahaja, sila temui kami di pdp

  • Perjanjian kami sediakan
  • Sekiranya tuan sawah telah meninggal dunia, waris boleh temui kami untuk perbincangan , sila buat temu janji di atas 
  • talian 019 957 35 85   

__________________
PUSAT DAGANGAN PULAI (PDP)
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU , MELAKA 

No comments:

Post a Comment