Wednesday, 11 December 2019

Projek puyu dalam sawah

Projek perikanan air tawar telah lama berkembang pesat di tanah air kita.

Puyu adalah salah satu jenis ikan air tawar yang tahan lasak  ,  mudah diternak dan diusahakan .

Boleh hidup tanpa air beberapa jam , sehingga 6 jam , di rumput yang lembab.

______________

Cara dapatkan bantuan dari jabatan perikanan

1. Daftar sebagai nelayan di Bukit Baru bagi orang Merlimau

2. Mulakan dulu projek 
3. Dapat hasil pertama, boleh terus minta bantuan seperti benih, makanan dan mesin pam air
4. Sediakan kertas kerja
5. Mohon di jabatan perikanan tempat anda lakukan ternakan 

_______________

Cadangan bagi yang berminat di Kampung Pulai, sawah terbiar di baroh Kampung Pulai Pantai mungkin lebih 40 tahun , boleh diusahakan secara sewaan dengan tuan tanah .

Pihak pdp boleh bantu usahakan perjanjian sewa sawah, atau uruskan harta yang ada masalah tuan tanah telah meninggal dunia.

Kita cuba majukan , untuk bantu tingkatkan ekonomi dan peluang pekerjaan.

______________
Jangkaan pasaran

Jeti Pantai Siring kini penuh dengan orang ramai, dan warung kopi naik macam cendawan dibandingkan dengan tahun 2014.

Jeti tersebut telah ada pasar ikan laut dalam ; jenahak, pari dll dan boleh ditambah dengan ikan air tawar.

Harga

Puyu rm18.00/kg di pasar borong atau pasar tani 

Haruan rm35.00/kg di pasar Chow Kit 


Tokey-tokey warong atau restoran boleh sediakan masakan acar ikan puyu ,atau masakan acar hijau ikan puyu menggunakan cili hijau dan tomato hijau, timun  dll.

Ini adalah masakan tradisi orang Melaka, yang boleh diangkat kembali untuk generasi kini menikmati dan merasainya.


Resipi masakan baru pun boleh dicuba, seperti masak lemak cili api dan asam pedas. 

Ada yang menyediakan cara bakar/goreng dan menyediakan kuah masak lemak cili api.

Restoran di Kelantan telah pun mula  menjual hidangan masakan ikan puyu.

Tips 

Cara mudah matikan ikan puyu jika dimasak dalam jumlah  yang banyak, ialah masukkan ketulan ais ke dalam bekas puyu tersebut .


Harga benih puyu
rm0.20 seekor
harga benih haruan 
rm0.50 seekor 

___________________


Benih puyu berusia dua bulan 


Benih puyu berusia sebulan  bulan

Benih puyu berusia dua bulan , baka siam chumphon f1

Puyu / Betok emas

Induk Puyu  seberat 200 gram 

Kelantan dan Cameron Highland telah ada restoran yang menjual ikan puyu. 

Restoran di Medan Selera di Tanah Rata  CH depan May Bank menyediakan masakan ikan puyu, katanya diambil dari sungai Besar , Selangor.

Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) ada jalankan usaha ternakan ini untuk asnaf zakat.




Penjagaan air dengan menukar air baru dua minggu sekali 
Air yang dilepaskan adalah baja asli yang suburkan tanaman 





Induk puyu boleh disuntik ovaprim  untuk dapatkan 30-50 ribu anak benih 
______________

Cabaran

Setiap usaha ada cabaran. Bagi usahawan dan peniaga , cabaran adalah perkara biasa. Cabaran menjadikan kita matang dan kreatif dan bijak urus cabaran. 

Tidur pun ada cabaran mimpi ngeri, jatuh gunung. Duduk saja pun ada cabaran bosan . 

______________________

Pembenihan

Jika ada permintaan pihak jabatan perikanan atau orang persendirian boleh anjurkan kursus pembenihan ikan air tawar .



Satu induk yang berkualiti boleh hasilkan 30 hingga 50 ribu ekor anak benih.

__________________
Ternakan Udang 


Ternakan udang memerlukan air masin dan penjagaan rapi kualiti air , supaya pembesaran tidak terbantut.

Bagi sawah di tepi Pantai Siring boleh dapatkan air laut melalui saluran paip yang dibina .

Siapa usaha dia dapat hasilnya, kata pepatah Arab.

Pasaran 
Udang rm38.00./kg 

Ini kerana kos penjagaan dan ternakan agak mahal , tetapi pulangan lumayan.
_____________________

Ayuh , jangan tinggalkan bidang ekonomi kita orang lain uruskan . 
_______________________

  • Kerja adalah ibadat
  • Perusahaan dan perniagaan adalah kita memudahkan orang ramai dapatkan sumber makanan , barang dan perkhidmatan 
  • Islam adalah cara hidup dan satu-satunya agama yang tidak menyekat siapa nak jadi kaya tetapi wajib keluarkan zakat, berbanding komunis, sosialis dan sosialis kapitalis  menyekat kekayaan individu yang bercanggah dengan naluri semulajadi manusia, dan kapitalis tidak mahu orang lain jadi kaya, kekayaan hanya untuk puak mereka sahaja. 


Dan (Tuhan berfirman lagi): 



Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

(Al-A'raaf 7:96)


_____________________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU , MELAKA
TALIAN KAMI : 019 957 3585 






No comments:

Post a Comment