Wednesday, 24 May 2023

Mahathir saman Anwar, Anwar gigit anak Mahathir




***************

Apabila tauhid tumpul dan tidak bersinar, harta menjadi tuhan.
Maka berebutlah para pencinta harta dan dunia tanpa panduan wahyu.

Sejarah al Quran telah banyak rakamkan bagaimana Qarun ditenggelamkan kerana harta.

Firaun ditelan Laut Merah kerana salah guna kuasa, bunuh bayi lelaki bani Israel.


------------
Firman Allah:

A004

Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.


________________

Perkara dan kaedah ini sedang diguna semula dalam menghukum dan memfitnah musuh politik untuk kekal berkusa. Inilah manusia tanpa tuhan.


_______________

A051

Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya?

___________

Keangkuhan Firaun dengan mengaku kuasanya sama dengan kuasa tuhan alirkan sungai. Sifat ini juga sedang berlaku pada hari ini, bagi pemimpin yang menolak tuhan dan agama dalam berpolitik yakni golongan sekular.

Asas pemikiran sekular dan kuffar adalah Firaun.

_____________

A088

Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. 


Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! 


Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.


________
Dalil harta yang disalah guna dengan puncak kuasa boleh menyesatkan manusia dan lupa tuhan. Inilah kemuncak keangguhan manusia yang buat mereka sesat.

Firaun Allah tenggelamkan dalam laut Merah, Nabi  Nuh as. 
Allah hantar banjir besar , Qarun bumi telan dll. 

*****************

        PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


No comments:

Post a Comment