Tuesday, 4 April 2023

Speaker masjid

 Orang yang pasang speaker kuat satu kampung, satu dunia, (ajk masjid khasnya ), adalah orang yang gagal faham makna sifat Allah Maha Mendengar, dan gagal faham bahawa majlis ilmu itu tidak boleh dipaksakan ke atas umat.

Mengaji ilmu wajib secara bersemuka dengan guru, bukan sambil lewa melalui pasang speaker yang kuat.


Jika itu niat dan hasrat ajk masjid, adalah fahaman yang sesat dan salah dan perlu segera dibetulkan,  berubah serta bertaubat. Ini kerana berkaitan dengan tauhid dan addin .


Jangan biarkan diri anda sesat dan menyesatkan orang lain, Perbuatan anda memasang speaker kuat bergema datu kariah , hingga mengganggu umat amat dikesali.


Usah cari nama , itu adalah riak, penyakit hati.


Usah cari pelik, itu merugikan umat dan negara.


Fahami makna taubat, makna iktikaf, bukan meraung dengan speaker kuat untuk zikir taubat, ini bukan dari ajaran Islam. Bukan menangis dalam speaker yang kuat untuk bertaubat, Semua ini merosakkan imej Islam dan ad din.


Beramal menyalahi pendapat ulama' adalah sia-sia, malah menimbulkan fitnah dan dosa.


Sila fikir.


*******************

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN

\



No comments:

Post a Comment