Friday, 14 April 2023

Cara bercakap

 Al Quran mengatakan bahawa kata-kata yang baik laksana pokok yang subur rendang, kerana akar tunjangnya baik.


Sebagai pemimpin umat kena bijak mengatur kalam yang menambat hati orang ramai, bukan yang menghambat hati orang ramai supaya lari.


Contohnya seorang imam yang membuat komentar kepada pesakit yang solat di atas kerusi, komunikasi yang baik ialah, sakit adalah penyucian dosa. Bagi oku yang solat di atas kerusi, harus bersyukur kerana masih lagi boleh hadir ke masjid dan solat duduk di atas kerusi.



*********

  PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA



Bukan komunikasi berbaur penghinaan kepada orang sakit, warga emas yang lemah, orang sakit lutut yang tidak boleh sujud  ke lantai, dengan nada ayat, amat rugi orang yang berusia 60 tahun tidak boleh solat sujud ke lantai.


Nak tanyalah siapakah yang nak rugi? Orang tidak waras pun jika kita rebut duit di tangannya dia akan rebut  balik kerana tidak mahu rugi.


Allah yang menguji dengan sakit, Allah penyembuh sebenar. Inilah ilmu tauhid, bukan rugi ditimpa sakit, di mana tauhidnya?

No comments:

Post a Comment