Sunday, 30 October 2022

Lgbt zaman Nabi Lud a.s. Kota Sadum, Jordan

 Nabi Lud a.s. anak kepada Haran bin Tarah , iaitu  adik beradik nabi Ibrahim a.s., jadi nabi Lud a.s. adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.


Nabi Lud a.s. beriman kepada nabi Ibrahim a.s. , walau pun datuknya pembuat berhala. 


Kata Allah,

A026

Setelah itu Lut beriman kepadanya dan Nabi Ibrahim pun berkata: "Aku hendak berhijrah kepada TuhanKu, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

(Al-'Ankabuut 29:26)

*************

Nabi Lud a.s. tinggal di kampung Sadum, kampung yang paling besar , dan ada 4 kampung lain iaitu,Shan'a, Shu'ud , Atsrah dan Duma.


Maksiat kaum Nabi Lud a.s. melakukan hubungan sejenis/lgbt;

Kata Allah:

A029

"Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? 


Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat 


Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu?


" Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): 


"Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

(Al-'Ankabuut 29:29)


***********

Pada abad ke 19 sm ( 1900) tahun, nabi Ibrahim keluar dari Mesopotamia ke Palestin bersama Nabi Lud a.s, tetapi berpisah tempat tinggal, Nabi Ibrahim a.s di atas bukit sebelah utara, nabi Lud a.s. di dataran dan lembah Sadum, Jordan.


**********

Kesan laknat  Allah ke atas maksiat lgbt, laut tersebut menjadi laut mati. Allah telah tunggang terbalikkan kota Sadum dan empat kota sekitarnya. 

Kajian menunjukkan dalam laut tersebut ada runtuhan sebuah Kota, yakni kota Sadum, di Jordan. Kajian ini dengan sendiri menolak dakwaan konon cerita ini adalah cerita dongeng dan khurafat. 

Islam melarang menziarahi tempat yang Allah laknat. Jika pergi hendaklah cepat-cepat keluar, dan pergi hanya untuk menguatkan iman melihat kesan murka dan laknat Allah untuk iktibar.



No comments:

Post a Comment