Saturday, 8 October 2022

Timbang dan sukat dengan mustaqim

 

Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).

(Al-Israa' 17:35


____________


Syarat untuk menjadikan kerja dan perniagaan kita ibadat ialah kena ikut arahan syariat Allah, yakni timbang dan sukat dengan betul atau mustaqim. 


Perniagaan adalah ibadat. Tun Perak Bendahara Melaka sebelum Portugis serang Kota Melaka, telah menyediakan hukum kanun Melaka, undang-undang dagang dan undang-undang laut Melaka. Asbab itulah Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan dagang yang terkenal di dunia. 


Manusia mulia dengan Islam dan manusia akan hina jika membuang Islam dari kehidupan.


Islam dengan makna ad din meliputi urusan politik dan ekonomi. Kota Melaka maju kerana politik Islam dilaksanakan di bawah Empayar Uthmaniah, dari Kerajaan Champa, hingga ke Temasik, meliputi Borneo, Sulawesi, Jawa, Kalimantan, Acheh dan seluruh Nusantara.


Nusantara muncul sebagai pelabuhan dagang adalah sezaman dengan Rasulullah s.a.w. kerana dalam sebuah hadis ada menyebut kapur barus, merujuk kepada Barus di Indonesia. Maknanya bermula pada tahun 600 Masehi.


Tahun 1511 Masehi diserang oleh Portugis, 1624 Masehi Belanda, 1800 Masehi Inggeris , Jepun  dan komunis bintang tiga.


Bermulanya pengaruh Kristianisasi masuk ke dalam masyarakat Melayu dengan membawa fahaman sekular. Ini kerana kesan perang salib di Eropah dengan kejatuhan kerajaan Islam Cordova di Sepanyol.


Andalus sebuah tamadun Islam yang hebat selama 800 tahun mengurus dunia dengan perkembangan ilmu, teknologi dan pertanian. 

Ilmu perubatan diperkenalkan oleh Ibnu Sina, Barat menceduknya dan menamakan Avecinna. Nama yang berasal dari bahasa arab, botol dakwat Ibnu Sina, iaitu midad sina= medicine.

_______________________

                   PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN


No comments:

Post a Comment