Friday, 21 October 2022

Manusia tinggal Islam selepas Adam a.s.

Selepas 10 abad, atau 100 tahun , jarak Nabi Adam a.s. wafat ,  manusia leka dan tinggal Islam , sembah tuhan lain dan buat undang-undang sendiri.

Nabi-nabi  diutus silih berganti , Nabi Nuh a.s. , nabi Ibrahim a.s. untuk mengajak manusia menyembah dan beriman kepada Allah s.w.t. 

Iblis telah memainkan peranannya mengajak manusia derhaka dan syirik kepada Allah. Iblis memujuk manusia supaya menyembah roh datuk nenek , melalui mengingati kematian mereka, dengan  upacara dan perayaan. 

*************


A023

Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta); 


Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata:


 "Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja".

(Az-Zukhruf 43:23


*************

Mereka beralasan dengan mempertahankan adat datuk nenek. Alangkah dangkalnya alasan mereka. Walhal keimanan adalah perkara yang perlu disandarkan kepada ilmu dan fikiran yang waras.


************

                 PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN

No comments:

Post a Comment