Monday, 12 September 2022

CABARAN DALAM NAHI MUNGKAR

Maksud nahi mungkar ialah mencegah kemungkaran. Al Quran menyuruh  setiap orang Islam wajib mencegah mungkar. 


Siapa yang patut mencegah mungkar


Semua orang diwajibkan mencegah mungkar. 

Namun begitu , tugas yang utama ialah pihak berwajib dan kerajaan yang ada kuasa. Sebab itulah kuasa politik penting  dalam menentukan kejayaan dan keupayaan kerja  mencegah mungkar.

Undang-undang dan tindakan sangat penting dalam usaha mencegah mungkar. Tugas murabbi dan umat hanya mampu menyeru, diam, benci dengan hati atas segala kemungkaran yang berlaku. 

Walau bagaimanapun Islam menentukan mereka yang ada kuasa untuk mencegah mungkar, ialah ibu bapa ; ada kuasa untuk mencegah mungkar di kalangan anak-anak dan  tanggungan mereka. 

Masyarakat ada kuasa mencegah mungkar dengan membuat lapuran kepada pihak berwajib apabila ada jenayah dalam masyarakat setempat.

Guru ada kuasa mencegah mungkar di kalangan warga sekolah.

Begitu juga ketua jabatan ada hak dan kuasa untuk mencegah mungkar di kalangan orang di bawah seliaannya.


Kesan jika kerja cegah mungkar dibiarkan 

Jika semua pihak bertugas dan menggunakan hak dan kuasa mereka dalam mencegah mungkar, paling tidak, jenayah dapat dibendung. Sebaliknya jika setiap pihak suka berlepas tangan, ambil mudah, menganggap kecil kerja cegah mungkar, dari sinilah jenayah membiak , merebak dan membesar kerana pemikiran umat menganggap perkara tersebut adalah biasa. 


Formulanya apabila banyak perkara mungkar dan jenayah  dalam masyarakat, Allah pasti akan menurunkan bala.


__________________

Cabaran dalam mencegah mungkar

1. Dibenci

2. Dikutuk

3. Dicela

4. Dipersendakan 

5. Tidak mendapat kerjasama ramai


_____________________






No comments:

Post a Comment