Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya".
Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.
_____________________________
Semoga kita tidak termasuk dalam kalangan yang demikian sifatnya, menyembunyikan kebenaran wahyu kerana terpukau dengan nikmat dunia yang ciput.
Sedangkan kita di dunia hanya musafir sahaja yang sedang mencari bekal ke kampung akhirat. Akhirat banyak ujian , timbangan, hisab, azab di alam barzakh untuk kita depani dan bertanggungjawab atas apa yang kita kerjakan selama di bumi ini.
________________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA
ADMIN
No comments:
Post a Comment