Monday, 27 June 2022

Politik Islam

 Politik Islam ialah ilmu mengurus tadbir pentadbiran negara dengan panduan wahyu. Namun begitu manusia sangat takut dan benci dengan ilmu politik Islam. Kenapa ? Jawapannya kerana tidak faham .


Takutnya manusia hari ini kepada ilmu politik Islam lebih dari takut kepada hantu mak limah dan hantu pontilanak.


Bencinya mereka kepada ilmu politik Islam sukar digambarkan. Semuanya kerana tidak faham dan tidak kenal.


Mereka menuduh dengan pelbagai sangkaan buruk,konon  ilmu politik Islamlah punca manusia bergaduh. Walhal bergaduh adalah ciri kejadian manusia  sejak azali.  Al Quran jelaskan ciri suka berperang ini dalam dailog malaikat dan Allah swt ketika nabi Adam a.s. hendak dijadikan.

Mereka mengaku beragama Islam, baca al Quran siang dan malam, namun tanpa sedar dan dengan sedar mereka takut dan benci kepada ilmu politik Islam dan ditakutkan supaya tidak membicarakan ilmu politik Islam kerana banyak buruk dari baik. 

Kesan buruk ini juga terkena kepada kalangan yang mengaji bidang agama sendiri.

Masya Allah, Subhanallah, kenapa gejala ini menimpa umat Islam di akhir zaman? Puncanya sejak zaman Khalifah Umayyah dan Abbasiyah berlaku perselisihan faham. Ilmu politik Islam mula dipasung dan dilarang dari dibicarakan.

Kesan lain ialah penjajahan Barat ke atas negara Islam sejak perang salib, ketika Kerajaan Islam Sepanyol jatuh, dan penyibaran Kristianisasi . Terakhir ialah kesan kejatuhan kerajaan Uthmaniah, Turki. Ilmu politik Islam dipasung oleh penjajah, demi mengekalkan kuasa jajahan mereka.

Fikir-fikirkanlah..jom berubah dengan mengubah cara berfikir dan merasa dengan panduan/waze wahyu


____________________


                                  PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                           ADMIN





No comments:

Post a Comment