Tuesday, 24 May 2022

Pemimpin dan pengikut

 




Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?


_______________________________

Al Quran sering menceritakan apabila manusia terlampau kasih kepada darah keturunan dan adat nenek moyang , boleh menyebabkan mereka menolak keimanan kepada Allah atas alasan agama nenek moyang mesti diterus dan pertahankan. Logik akal hilang kerana berlebihan rasa kecintaan kepada adat resam nenek moyang .

Inilah ciri masyarakat jahiliyah Mekah zaman nabi s.a.w. yang menyebabkan Abu Jahal tidak beriman. Berlebihan kasih kepada adat resam nenek moyang boleh menghilangkan kewarasan akal untuk berfikir tentang keesaan Allah. 

Oleh sebab itu al Quran sentiasa menarik perhatian manusia, dengan ungkapan dalam bentuk soalan, tidakkah kamu mahu berfikir, merenung, melihat, menggunakan akal fikiran yang waras, mengkaji dan mengulang kaji kisah manusia terdahulu yang tersesat dalam akal, dalam adat dan dalam perasaan.

_________________________

                                 PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                           ADMIN


No comments:

Post a Comment