Saturday, 21 May 2022

Amal soleh kita biar sampai kepada Allah

 

Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

(At-Taubah 9:109) |

______________________

Sebaik-baik amal soleh ialah yang membuahkan amal soleh yang lain, sebagai tanda Allah terima amal soleh kita yang ikhlas menuju taqwa. Sekiranya amal soleh kita tidak membuahkan taqwa dikhuatiri, tidak sampai kepada Allah, hanya cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut akal dan perasan kita sahaja, mengikut timbangan akal sahaja tanpa panduan wahyu.


Mudah-mudahan amal soleh kita seperti berpolitik, berekonomi, bersosial menuju kepada Allah dan taqwa supaya bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat. Jadi ikutlah panduan Allah, wahyu Allah dengan menjauhi sikap dan rasa riak, takabbur, sebab semuanya anugerah Allah , seperti firman Allah, 


Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

(At-Taubah 9:105)


____________________________

 

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


No comments:

Post a Comment