Thursday, 31 March 2022

Firaun dan tenteranya tenggelam kerana zalim

 



"Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah , kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)".

(Ad-Dukhaan 44:24)

______________________________

Kezaliman Firaun memperbudakkan Bani Israil, melawan nabi Musa a.s kerana enggan beriman dengan Allah demi mempertahankan kuasa, harta dan pengaruhnya. 

Mengaku dirinya Tuhan, boleh menghidup dan mematikan dengan memanggil dua orang budak, satu dibunuhnya , beerti dia tuhan yang boleh mematikan dan yang  kedua dibiarkan hidup, beerti dia tuhan yang boleh menghidupkan.

Kejadian ini adalah untuk melawan nabi Musa a.s. yang berdakwah bahawa Allah s.w.t. adalah Yang Maha Kuasa, boleh menghidup dan mematikan manusia. Jadi Firaun juga berkuasa menghidup dan mematikan dengan cara dan kaedah akal dan nafsunya serakah. Firaun juga mendapat nasihat dan pendapat dari pakar atau ahli sihir terhandal pada masa itu yang dijanjikan pelbagai hadiah dan imbuhan . Namun seratus ahli sihir telah beriman dengan kebenaran nabi Musa a.s. 

______________________

Dunia hari ini manusia seperti Firaun kembali ramai memenuhi dunia dengan hujah bahawa , kebebasan, kemanusiaan , kepandaian tanpa wahyu adalah perlu diiktiraf dunia. Inilah pemikiran atau ideologi yang Allah istilahkan sebagai sesat dan menyesatkan.

Pandai dan bijak tanpa panduan wahyu adalah sesat yang jauh. Istilah jahiliyyah moden adalah tepat. 

______________________



Dari penindasan Firaun, sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takbur lagi terbilang dari orang-orang yang melampaui batas (dalam keganasan dan kekejamannya).

(Ad-Dukhaan 44:31)

______________________

                                       PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

No comments:

Post a Comment