Tuesday, 4 January 2022

Pekasam vs acar hijau

 Kita kena berani membuat perubahan dalam masakan dan resipi. Biasanya sejak dulu , cara menyimpan ikan betok supaya tahan lama ialah dengan menjadikannya pekasam. Kini kita boleh bertukar kepada proses sejuk beku.

Masakan acar hijau juga boleh ditingkatkan pemasarannya dengan cara pembungkusan yang kemas, menarik dan mudah dibawa. 

Penggunaan periuk atau kaedah retox adalah sesuai. Ikan yang telah dimasak dan dibungkus direbus dengan kadar suhu tertentu supaya masakan tesebut boleh tahan selama dua tahun tanpa sejuk beku dan bahan awetan . 

Kaedah retox adalah kaedah yang difikirkan untuk menggantikan kaedah sejuk beku yang melambak di pasaran , begitu juga kaedah awetan yang tidak lagi menjadi pilihan pengguna.

Pengusaha ikan betok boleh bekerjasama dengan pengusaha makanan untuk pemasaran yang lebih bagus dan meluas. 

Merancang membuka kilang retox ikan betok bukan suatu yang mustahil, di mana ada usaha dan kemahuan di situ ada jalan . Ini kerana Allah janjikan kepada kita, satu masalah ada dua jalan keluar.



Ikan digoreng garing 
Ikan betok berusia empat hingga enam bulan mula menghasilkan telur 

Proses menyiang ikan puyu yang rumit 
kerana licin dengan lendir yang banyak , 

__________________________________

                                        PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA







No comments:

Post a Comment