Saturday, 11 December 2021

Tempayan

Perkongsian daripada kaki pancing (kp) di kolam PDP, tempayan adalah salah satu bekas yang baik untuk ternakan ikan betok secara suka-suka. Tempayan memang sesuai kerana airnya yang sejuk , dingin dan saiznya yang tinggi. 

Jika orang dulu-dulu menggunakan tempayan untuk sediakan air basuh kaki sebelum naik ke rumah, kini tempayan lama boleh diguna semula untuk ternakan ikan betok.

Tempayan adalah peralatan orang dulu-dulu menyimpan air untuk urusan dapur . Setiap rumah wajib ada tempayan dan gayung. 

Oleh kerana akrabnya mereka dengan tempayan, timbullah peribahasa,  "Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tidak boleh ditutup". 

Maksudnya kita tidak dapat menahan dan melarang orang ramai dari memperkatakan hal kita. 

Apalagi jika kita adalah ketua masyarakat, amat perlu kita menjaga anak buah supaya tidak timbul kata-kata di belakang. 

Sebarang masalah hendaklah diberi penyelesaian dan tindakan , bukan pendam, buat-buat tidak tahu,  dan simpan di bawah karpet . Sifat masalah jika lama dipendam akan pecah dan  dikhuatiri timbul gerakan pemberontakan dari kalangan yang tidak puas hati . 


Mengambil semangat ayat al Quran surah An Nisa'/59


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. 


Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. 


Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

(An-Nisaa' 4:59) |


Gambar dari google
Model tempayan yang boleh diternak ikan betok



Gambar dari google
Gayung dari tempurung kelapa dalam 
tempayan yang disediakan di depan  tangga


****


                              PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


No comments:

Post a Comment