Monday, 3 August 2020

Kisah sembelihan

LAMAN ILMU WAHYU 





Kata Allah, 

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),

_______________________
Tadabbur ayat Allah 

(Makna tadabbur ialah memahami, berfikir dan menghayati ayat Allah untuk pengajaran secara umum . Tadabbur ditujukan kepada semua umat Islam apabila membaca al Quran) 

Allah rakamkan kisah dua orang hamba Allah yang taat kepada perintah Allah tanpa soal jawab , alasan dan daleh. Ikhlas ketaatan baginda nabi a.s menjalankan ujian perintah Allah. Ketaatan yang ikhlas dan bulat itu , menyebabkan , baginda dikira telah melaksanakan perintah Allah. 

Allah tidak suruh korban dan sembelih manusia hanya ujian iman dan taqwa sahaja. Setelah nabi Ibrahim dan nabi Ismail a.s. menunjukkan tekad yang bulat dalam ketaatan kepada Allah, untuk menjalankan sembelihan, dengan meletakkan pipi nabi Ismail a.s. di tanah , gaya untuk melakukan sembelihan, lalu Allah ganti dengan kibasy.

Kedua hamba Allah ini tidak pertikai langsung perintah Allah, walaupun nabi Ibrahim a.s. susah dapat anak, dah dapat anak diuji untuk disembelih, namun jiwa hamba Allah yang taat ini ,terus junjung perintah Allah tanpa bantahan dan alasan.

Begitu juga nabi Ismail a.s. apabila disebut perintah Allah terus akur tanpa bantahan dan alasan untuk menolak. Perintah Allah didulukan tanpa memikirkan kepentingan diri baginda sendiri. 

Nyawa yang menjadi kesayangan semua orang tidak penting dalam melakukan taat kepada Allah, kerana sedar kita milik Allah, hamba Allah dan akan kembali menemui Allah.

Berbeza dengan kita, gegak gempita alasan, bantahan, hujahan apabila syariat Allah cuba dilaksanakan. Inilah nilai iman dan taqwa kita , boleh dibaca dari reaksi kita, kerana terlalu tinggi meletakkan logik akal sementara  wahyu al Quran di bawah, Allah di belakangkan , nafsu didepankan. 

Adakah kita di tahap ini dalam taat kepada Allah? Jika ya, kita telah mencapai maqam taqwa, jika belum, kita masih boleh berusaha ke arah itu.Perintah Allah didulukan mengatasi perintah ibu bapa jika bertembung dan bercanggah dengan perintah Allah. 

Kebiasaan yang banyak berlaku dalam masyarakat kita, belum dapat bezakan antara arahan ibu bapa dan arahan Allah. Adat dan tradisi kadangkala melangkaui syariat, timbullah ayat biar mati anak jangan mati adat, yang jika diteliti bercanggah dengan syariat, kerana banyak adat tidak selari dengan syariat. 

Inilah antara fakta yang kita dapat lihat dalam masyarakat kita adat dan keinginan diri melebehi kepada kepatuhan  syariat. Ini kerana kita meletakkan Allah di bawah selepas akal dan keinginan kita.

_______________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300 , MERLIMAU , MELAKA 

No comments:

Post a Comment