Monday, 20 April 2020

Info iklan - bot laju kawalan jauh

Kolam pdp

Mesyuarat tertutup pihak pengurusan dan pentadbiran pdp (di musim perintah kawalan pergerakan (pkp)  telah bersetuju menukar rancangan kegunaan kolam dari ternakan ikan puyu kepada  permainan air bot laju kawalan jauh.

Ini juga selari dengan kegiatan pdp telah sedia ada permainan ping pong , memanah , silat (dalam cadangan ) , memancing (dalam cadangan ), kereta pacuan empat roda kawalan jauh ( dalam cadangan ) , drone kawalan jarak jauh (dalam cadangan ) sebagai tambahan jenis permainan untuk penghuni homestay dan masyarakat setempat beriadhah santai.

Pihak pdp juga bercadang menjual set permainan bot laju kawalan jauh dengan harga mampu beli, iaitu di bawah rm50.00 sebuah/unit.

Jika ada yang berminat untuk mendapatkan set permainan bot laju kawalan jauh yang berharga rm300.00 se buah /unit boleh membuat tempahan dengan membayar deposit 30%.

Pihak pdp juga telah bersetuju harga untuk sekali masuk untuk bermain bot laju kawalan jauh ialah rm10.00 untuk seorang . 

Walau bagaimanapun , untuk harga promosi iaitu pembukaannya selepas raya puasa , bergantung kepada perintah kawalan pergerakan (PKP)  , harga ialah rm5.00 sekali masuk untuk seorang .

Semoga usaha kecil ini dapat menyumbangkan dalam menanam minat remaja dan kanak-kanak , 


  • bercita-cita untuk menjadi kapten kapal
  • mengasah bakat daya cipta/ inovasi dan khayalan / imaginasi untuk menjadi pengusaha bot laju kawalan jauh dan yang berkaitan dengannya
  • Menjarakkan kanak-kanak dari permainan gajet yang tidak sihat untuk mata jika terlalu lama penggunaannya
  • Mempelbagaikan ruang uji bakat dan minat kanak-kanak 

Membina jati diri umat lebih didulukan dari membina kemajuan benda untuk melahirkan generasi yang dapat memakmurkan bumi ini.

Jika kita imbau sejarah silam ahli pelayaran dunia pertama adalah orang Islam dan Melaka adalah pelabuhan utama Kerajaan Melayu Islam Nusantara dan Empayar Uthmaniah pada tahun 1400 masehi .



Kapal pesiaran mewah - Costa Victoria 


___________________________
Nota:

Ilham ini terbit dari kenangan silam (nostalgia) bakat inovasi dan kreativiti di masa kecil , betapa sukarnya membeli alat permainan , hanya bermain bot ciptaan sendiri dari kayu dan bermain di sungai.

Benarlah kata orang masalah dan kesusahan menjadikan kita pandai , matang dan kreatif, panjang akal dan langkah.


Kolam renang - kebiasaan yang disediakan di homestay 
(Gambar dari google) 
Gambar sebagai hiasan sahaja 


Kolam pdp untuk kegunaan permainan air bot laju kawalan jauh 
Pembukaan selepas raya puasa 2020 bergantung kepada 
(PKP-perintah kawalan pergerakan ) 


(Satu percubaan merubah kebiasaan , yang disediakan di homestay , ialah kolam renang , kepada bot laju  mengikut zaman yang penuh
 daya cipta / inovasi dan persaingan /kompetensi)
Juga dapat mengaleh kanak-kanak dan remaja dari gajet ke alam nyata

_________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI  003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU ,,MELAKA 

TALIAN KAMI : 019 957 3585





No comments:

Post a Comment