Thursday, 2 July 2020

Tunjuk Kemesraan Suami Isteri Di Media Sosial



Islam adalah agama yang mementingkan akhlak Islam dan adab Islam. Menjaga aib diri sangat disuruh dalam Islam. Malu adalah sebahagian dari iman. Akal dan akhlak adalah perkara  yang membezakan antara kita manusia dan haiwan, kerana haiwan tiada perasaan malu dan aib di antara haiwan lain. Berbeza dengan manusia harus dipasak perasaan malu dan menjaga adab di khalayak ramai .

Isteri hanya boleh/harus  mencium tangan suami di khalayak ramai , bukan cium mulut , laga pipi , apalagi berpelukan, dikhuatiri menyalahi ilmu hadis dan ajaran nabi s.a.w. 

Pengaruh ajaran Barat dan Kristianisasi telah sampai ke Mesia, mereka akan cium mulut selepas lafaz nikah di gereja, jadi jangan  ikut mereka, kerana Allah dan rasul melarang.

Berpelukan suami isteri di khalayak ramai atas pentas persandingan bukan ajaran nabi s.a.w., kerana nabi s.a.w. adalah seorang yang sangat pemalu.Baginda mempunyai akhlak terpuji yang disanjung dan dirakam dalam al Quran .

Benar itu adalah isteri kita yang  sah untuk dipeluk , perbuatan itu tidak salah tetapi tempat di khalayak ramai itu yang salah.

Budaya Barat lelaki akan mencium tangan isteri, ini jelas terbalik dari ajaran Islam, ajaran Islam , isteri yang mencium tangan suami. 

Hikmat larangan 
1. Bagi pasangan yang tidak bahagia akan bungkam menyaksikannya dan mengundang rasa gundah gulana dan pergaduhan suami isteri semakin meruncing kerana kesilapan pasangan suka banding 
2. Bagi yang baru kematian pasangan akan lebih sedih 
3. Bagi yang tiada pasangan lagi sedih, hiba dan kecewa
4. Ada nikmat perlu ditunjukkan untuk hadirkan syukur
5. Ada nikmat perlu disorok untuk tutup fitnah , Islam itu indah dan lengkap

_________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 0030217171-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA

No comments:

Post a Comment