Thursday, 16 April 2020

Tutorial memanah -pasang anak panah

Memasang anak panah sebelum membidik ,adalah langkah -langkah yang perlu pelatih mahir dalam memanah . 

Pastikan anak panah itu baik sebelum menggunakannya. 

Pastikan anak panah tidak retak, bulu pengimbang masih dalam keadaan baik, dan tempat memasang  anak panah dalam keadaan baik, maksudnya tidak pecah atau rosak. Jika anak panah rosak dikhuatiri panahan kita tidak tepat ke papan sasar.

Cara pasang anak panah 
Salah satu contoh mata anak panah (point)
                                               

Mata anak panah 

  • Lintangkan busur panah ke badan kita
  • Masukkan anak panah ke tali busur dengan cara menekannya masuk ke tali 
  • Halakan anak panah yang tajam ke bawah untuk keselamatan, biasakan kaedah ini supaya tidak membahayakan rakan-rakan kita 
  • Setelah siap pasang , naikkan ke atas , gaya orang menembak, dan kembalikan ke kedudukan yang sebenar untuk membidik 


Anak panah dihalakan ke bawah untuk keselamatan
 dan gaya anda seorang pakar memanah
(sama seperti gaya orang menembak dengan senapang)





Berikan anak anda kemahiran memanah untuk kecerdasan dan hak tubuh badan. Jasad manusia perlukan latihan jasmani untuk sihat dan cerdas serta cergas .


Akal yang sihat dari badan yang sihat.

Orang Mukmin yang kuat lebih baik dari orang Mukmin yang lemah.

Memanah juga beerti anda telah memberikan satu kemahiran ilmu pertahanan diri , kepada anak-anak, dan lengkapkan dengan kemahiran menunggang kuda.

________________________

Setiap ibu bapa boleh membina sendiri litar di dalam bangunan atau di luar , untuk melatih anak-anak anda menyintai kemahiran memanah .

Faedah memanah secara tidak langsung

  • Mendidik anak yakin diri
  • Mendidik anak disiplin diri
  • Mendidik anak fokus 
  • Mendidik anak merendah dir, tawadhu' kerana syarat memanah mesti merendah diri seperi resam padi, makin berisi makin runduk
  • Mendidik anak berdaya saing
  • Mendidik anak berdikari
  • Mendidik anak pandai membuat keputusan dan berani
  • Mendidik anak bertanggung jawad dan tidak pentingkan diri sendiri
  • Mendidik anak pandai mengurus bahaya
  • Mendidik anak siap siaga menghadapi masalah hidup
  • Mendidik anak tenang
  • Mendidik anak sabar
  • Mendidik anak pandai bergaul
  • Mendidik anak berketerampilan 
  • Mendidk anak tidak kekok bekerja
  • Mendidik anak jiwa kepimpinan - ini doa nabi Ibrahim a.s. supaya zuriat baginda menjadi pemimpin orang beriman 
Amat rugi jika ibu bapa tidak mengambil kesempatan masa kanak-kanak mereka dengan pengisian ilmu dan kemahiran untuk bekalan daya saing mereka di alam kehidupan .


Anak panah-gambar dari google

Pengorbanan bagi penuntut ilmu dan kemahiran

  • Korban masa
  • Korban tenaga
  • Korban wang
  • Korban selesa dan banyak pengorbanan dalam pencarian ilmu dan kemahiran 
Masa tidak dapat dibeli jika sudah terlepas, hayati surah Demi Masa.

____________________
LAMAN ILMU WAHYU 




Gunakan 5 masa sebelum datang 5

  • Masa muda sebelum tua
  • Masa lapang sebelum sibuk
  • Masa sihat sebelum sakit
  • Masa kaya sebelum miskin 
  • Masa hidup sebelum mati(musim covid-19, mati mudah )
Kata Allah 



Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; 


kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; 

kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. 

Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. 

Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Kejadian manusia terdiri dari jasad dan roh. Jasad bersifat bumi dan roh bersifat langit tinggi, roh Allah.

Allah matikan jasad tetapi roh tidak dimatikan ,roh balik mengadap Allah di alam ghaib/akhirat.

Allah ciptakan pula akal untuk manusia sebagai tanda kemuliaan, dan akal mesti diisi dengan ilmu dan kemahiran sebagai makanan roh dan akal.

Beza manusia dan haiwan adalah akal yang tinggi berada di kepala, sedangkan binatang , otak dan nafsu berada di garisan yang selari, tetapi tidak pada binaan manusia, akal di kepala tinggi.

Asbab itu manusia ada akal dan nafsu yang wajib dijaga, tetapi haiwan hanya ada nafsu tetapi tidak diberikan akal. 

Oleh itu jika manusia tidak berakal, kata Allah, lebih hina dari haiwan.

_____________________________
Kata Allah, 

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), 

dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) 

dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); 

mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

___________________________



Marilah kita sama-sama jaga supaya akal kita sentiasa berada di kepala , tetapi bukan di perut. Jika akal kita di kepala  mutiara kata yang akan terbit, sebaliknya jika kita kurang akalnya, maka kata-kata yang tidak baik akan keluar dari mulut kita yang merupakan dosa mulut dan lidah.

_______________________________
Pepatah Tok Guru Hadi dalam perjuangan dan dalam melayari bahtera hidup orang beriman , 



Serigala  ( Gambar dari google )

kita berpegang kepada pepatah, “Biar anjing dan serigala menyalak di keliling, namun musafir tetap meneruskan perjalanannya menuju destinasi.”

Pesan Tok Guru lagi, 

Manusia wajib mencari keperluan kehidupan, tetapi makan untuk hidup beribadat dan berkhidmat bagi memakmurkan bumi, bukannya hidup untuk makan seperti binatang yang bernafsu tidak berakal, sehingga fikirannya di perut bukan di kepala yang mulia, menyebabkan boleh melakukan apa sahaja.

Otak manusia - gambar dari google, 
zahir boleh nampak, 
tetapi akal adalah perkara ghaib , tidak boleh dilukis , 
sebab itu akal wajib bersambung dengan wahyu 
yang juga bersifat ghaib ; iaitu cahaya Allah yang 
tidak dapat dipadamkan oleh mulut-mulut manusia ,
 tetapi amat malang jika akal bersambung dengan nafsu 
dan bertanya merujuk kepada nafsu ; itulah yang 
disebut oleh orang tua-tua 
 dengan kerana nafsu manusia lesu



Kelebihan akal inilah letaknya nilai kemuliaan manusia , dan tanggung jawab beriman kepada Allah . Akal mesti diisi dengan ilmu terutama ilmu wahyu .

Binaan manusia akal sentiasa di atas . Beza dengan binaan haiwan, otak selari dengan nafsu.

Binaan haiwan -kepala ke bawah ketika makan - perbezaan inilah Allah sebut dalam al Quran , manusia sebaik-baik kejadian/binaan  



Kalbu -hati  gambar dari google

Jantung atau kalbu gambar dari google
Perut- gambar dari google


Usus besar /perut  (Gambar dari google)


___________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI : 019 957 3585


No comments:

Post a Comment