Wednesday, 16 January 2019

Waspada

Pelatih perlu berhati-hati ketika memanah  , iaitu:

1. Pastikan tali atau getah busur panah tidak terkena lengan kiri anda.
2. Pastikan ibu jari anda tidak luka
3. Pastikan tangan anda tidak luka
4. Pastikan busur panah dan anak panah selamat digunakan.

____________

Menjaga busur panah

*Setiap kali lepas digunakan, simpan panah dalam keadaan talinya dilucutkan



Lucutkan tali dari busur waktu menyimpannya ,
supaya tali tahan lama.Seminggu sekali sapu dengan lilin

_____________
Menjaga anak panah



Pastikan mata tajam (point) diketatkan terlebih dahulu sebelum digunakan 

Semasa membawanya pegang shaft atau batang anak panah hampir  dengan matanya supaya tidak terkena orang lain .


Anak panah paling atas disebut nock,
sayap dan shaft atau batang dari platinum atau karbon

Semasa digunakan pastikan mata anak panah telah diketatkan point(skru mata yang tajam ) 

_______________


PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16 , JALAN PULAI PANTAI , 73000, MERLIMAU , MELAKA

No comments:

Post a Comment