Thursday, 10 January 2019

Memanah Sunnah

Pada tahun 1304 Masehi  hingga 1370 Masehi Ibnu Batutah dari Maghribi , mencatatkan pahlawan wanita Cik Siti Wan Kembang di Kelantan adalah pemanah berkuda.

Pemerintah Kelantan ketika itu membeli busur dan anak panah dari orang-orang Arab dan Turki.
______________________

Sukan ataupun kemahiran memanah ini adalah warisan nabi kita sejak Nabi Ibrahim a.s. dan nabi Muhammad s.a.w.

Pada awal perkembangan Islam memanah adalah senjata dalam peperangan iaitu memanah berkuda.


Sa'ad bin Abi Waqas adalah pemanah pertama yang memanah musuh dalam misi pertahanan diri dan umat Islam.


_____________________

Kemahiran memanah tinggalan para nabi kita dan para moyang kita kini diangkat sebagai sukan dan riadhah pada tahun 2008 di sekolah-sekolah, surau , masjid dan pondok.



_____________________

Umat yang hebat ilmu senjata dan pertahanan diri ditakuti kawan dan lawan.Jom kita mulakan aktiviti memanah untuk mengangkat martabat umat.
_______________________

Sukan memanah telah wujud lama di Nusantara, kerana Nusantara adalah sebahagian dari Empayar Turki. Pengaruh Turki dan Arab masuk ke Nusantara , melalui pedagang dan pendakwah.

Rasulullah s.a.w. juga menggunakan panah sebagai aktiviti riadhah bersama para sahabat.

Islam mementingkan kesihatan dan kekuatan fizikal.

__________________

"Ajarlah anak kamu memanah , menunggang kuda dan berenang." Maksud hadis nabi s.a.w.



______________________________





Silaka...silakan...latihan memanah di PDP Kampung Pulai 


Bagi pelatih asas memanah lakukan pergerakan bayangan
______________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI ,73000, MERLIMAU , MELAKA


No comments:

Post a Comment