Tuesday, 10 July 2018

Senyuman rahsia memikat pelanggan

Nabi kita s.a.w memberitahu bahawa senyuman adalah sedekah.




Senyuman dalam perniagaan adalah rahsia untuk menambat hati pelanggan anda.

_______________

Bila kita perlu senyum dalam masa berniaga??

  • Sebaik saja pelanggan tiba di kedai kita, berikan senyuman
  • Apabila pelanggan membeli barang atau perkhidmatan kita, berikan senyuman
  • Apabila pelanggan beredar dari kedai kita, iringi  dengan senyuman

Kita boleh senyum di talian ketika bercakap dengan pelanggan, kerana senyuman kita dapat dirasai pelanggan dan tanda kita mesra pelanggan.

__________________-

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA


No comments:

Post a Comment