Thursday, 15 March 2018

Tulis bil penting

Dalam urus niaga samada  besar atau pun kecil, menyediakan bil adalah amat penting.

1. Bil sebut harga
2. Bil invois
3. Bil bayaran tunai
4. Bil-bil yang berkaitan dengan urusan urus niaga


Contoh bil
_______________________

Tujuan penyediaan bil/ keluarkan bil atau resit bayaran

1. Mengelak dari kekeliruan
2. Memberi rasa puashati dan telus antara pembeli dan penjual
3. Senarai barang atau perkhidmatan dan harga hendaklah ditulis dengan jelas , terang dan telus
4.Mengelak dari penipuan kedua belah pihak
5. Bukti untuk tuntutan dan sebagainya
6. Simpanan fail untuk odit, akaun dan sebagainya

Urus niaga tanpa bil boleh jadi sama dengan sedekah. Semua urus niaga, cek di bank ada bil atau bocer.

Apabila berlaku salah faham atau kesilapan mengira terus boleh rujuk kepada bil.

_______________

Bil yang mesti peniaga ada:

1.Buku tunai
2.Buku bank
3.Buku nota penghutang, buku nota pemiutang , buku lejer gaji, pendahuluan
4. Buku bil atau resit jualan

______________
Contoh buku tunai atau buku bank


Perkara penting untuk diisi:



1. Tarikh
2. Penerimaan/pembayaran duit
3. Duit masuk 
4. Duit akhir
5. Baki

_________________

Contoh buku nota bank



Buku Pemberi hutang 

Perkara penting:

1. Tarikh
2. Perkara / pemberi hutang
3. Jumlah hutang
4. Bayar
5. Baki
_________________

Contoh buku hutang 



Buku hutang /pemiutang 
Perkara penting:

'1. Tarikh
2. Pemiutang / perkara 
3. Bayar
4. Baki
________________________

Teruskan belajar berniaga dan buat buku akaun sendiri, untung rugi sahaja.

Ramai kalangan peniaga baru dan lama masih malu untuk menyediakan bil jualan dan belian.

Membuat bil tiada kaitan dengan besar atau kecilnya perniagaan kita.

Membuat bil adalah salah satu kaedah melancarkan urusan pengiraan untung rugi dan jelas serta telus bagi pembeli.

Barulah urus niaga kita dikira sebagai ibadat.

Kes

Apabila kita makan di restoran, warung atau di mana sahaja, ada kalangan mereka kira apa yang kita makan seorang diri, kita pembayar atau pembeli terkebil-kebil.

Ada kalanya kari kepala ikan dicas sampai  RM 100.00
______________
Menulis bil bukan mesti ditaip cantik, itu hanya kaedah sahaja.

Tulis bil di kertas dengan pen , terang jelas, contoh, peniaga restoran yang baik akan memberi tanda bil yang jelas. 

Ikan siakap bakar              Rm
Sayur kailan                      Rm
Ulam                                Rm 
Nasi Lemak                       Rm 
Air jus lemon                    RM
Air Kelapa                        RM
Air jus mangga                 Rm


Jujur, telus amat penting dalam perniagaan. Sekali pelanggan rasa tertipu, bisnes kita tidak akan maju.


_______________

Apabila kita tempah barang , resit atau bil sangat penting, peniaga akan mengambil kesempatan menukar sebut harga,  sebahagian peniaga tidak jujur,bukan semua.

________________
Saudagar jujur sebaris nabi s.a.w 


______________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA













No comments:

Post a Comment