Tuesday, 19 December 2017

Tukar pelan unit

Kami mula beroperasi di PDP pada 18Jun 2017.

                              

Tingkat bawah kedai telah diisi oleh Pasaraya Borong Runcit. Operasi sepenuhnya mengambil sedikit masa lagi.
___________________
Kini kami mempunyai dua unit kedai lagi di tingkat atas. Cadangan kami adalah untuk menyediakan homestay yang akan beroperasi pada bulan Febuari atau Mach  2018.
_________________
Konsep homestay PDP ialah luas , sederhana dan tenang. Kami hanya menyediakan tilam dan meja makan sahaja. Tiada dapur , hanya jag letrik sahaja.

Keluasan rumah 70 kaki panjang x19 kaki lebar = 1,330 kaki persegi termasuk koridor depan  lebar 7 kaki dan belakang ,lebar 4 kaki , luas dalam rumah sahaja 19x59=1,121 kaki kaki persegi 



Luas dalam kedai 59 kaki panjang x 19 kaki lebar=
1,121 kaki persegi belum ada bilik


1.    Koridor depan tingkat 1, lebar 7 kaki



2.    Koridor belakang , lebar 4 kaki
Koridor belakang unit no 3A -anda boleh
nikmati bayu asli suasana kampung , Kampung Pulai 
3.    Ruang tamu lebar 19 kaki x16 kaki panjang= 304 kaki persegi , dilengkapi lantai vinyl , set tv 
4.    3 bilik tidur 
5.    1 singki dapur
6.    1 set meja makan 



Gambar hiasan dari google


6.    2 bilik mandi dan 1 tandas
7.    Kipas
8.    Pendingin hawa- untuk 1 bilik tidur utama sahaja
9.    Parkir kereta tar di hadapan PDP 


Tar pakir yang disediakan spot light ,
10.  Tanah lapang di belakang bangunan PDP ditanami pokok buah-buahan  untuk udara yang segar , suasana kampung dan tidak jauh dari Pantai Siring 

__________________
Agenda yang anda boleh rancang untuk bercuti dan bermalam di homestay PDP ialah 

1. Memancing di kolam ikan betok PDP
2. Menaiki bot ke Pulau Besar dan Pulau berdekatan dari jeti Pantai Siring , Anjung Batu , Jeti / Pengkalan Pernu Umbai
3. Menikmati ikan bakar di Restoran Cikgu Jeon , warung di jeti Pantai Siring ,Kampung Pulai, ikan bakar Serkam dan Pernu Umbai, kelapa muda di Alai
4. Pasar malam di Serkam pada petang Sabtu
5. Bagi yang suka solat berjemaah , anda boleh berjemaah di Masjid Ar Rahman , Pulai dalam 400 meter dari homestay PDP
6.  Masakan asam pedas Melaka 

____________________


PUSAT DAGANGAN PULAI
(PDP)

BANGUNAN PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU ,MELAKA



Admin 


No comments:

Post a Comment