Friday, 23 June 2017

Berniaga kerjaya ulama' silam



SLOT SEJARAH 

Kerajaan Melayu Islam Melaka, bermula dengan pengislaman Parameswara dan menukar nama kepada Sultan Muzaffar Shah. Sungai Melaka di Bandar Hilir itulah pelabuhan Melaka yang tersohor di seluruh dunia pada waktu itu, dengan menjalinkan hubungan dagang dan diplomatik dengan seluruh dunia , atas nama Empayar Uthmaniah Turki. 

Kejatuhan kerajaan Melayu Islam Melaka ialah dengan serangan Portugis pada tahun 1457 M dan Belanda pada tahun 1641 M.

Saki baki kerajaan Melayu Islam Melaka berhijrah ke Pagar Ruyong , Indonesia.

Hubungan dagang dengan Semenanjung Arab dikatakan oleh sejarawan tempatan sejak zaman nabi saw , berdasarkan hadis  yang menyebut kapur barus sebagai mandian untuk orang mati.

Kapur barus adalah barang dagangan dari Indonesia.

Catatan sejarawan Islam tempatan juga , terbina banyaknya  masjid di Melaka , dalam kiraan satu batu satu masjid , kerana ramainya pedagang muballigh dari India dan Tanah Arab. Pada waktu itu penghayatan Islam sangat kuat, mereka datang untuk menyibarkan dakwah Islam kepada agama Tauhid, berdagang adalah kerjaya sampingan. Ini kerana di tempat mereka perdagangan lebih hebat dari kita, pertanian lebih baik dari kita. 

Apabila pengaruh kitab Das Kapital, karya Yahudi German, Karls Mark , yang membuang agama dalam kehidupan dan menganggap agama adalah candu masyarakat, pemikiran sekular mula ditanam dan disemai ke dalam pemikiran umat Melayu Islam tempatan atas nama pembangunan dan kemajuan . 

Mereka  membuang roh Tauhid dan diganti secara halus dengan kecintaan kepada kebendaan tanpa peduli dosa dan pahala. Pengaruh Kristianisasi membantu mempercepatkan usaha menyemai benih sekular dan kebendaan ini. Pemimpin yang diasuh di Barat dengan kefahaman dan pemikiran kebendaan melancarkan lagi kehendak penjajah mensekularkan Nusantara.

Suasana yang dibentuk oleh nenek moyang kita dari Tanah Arab, Benua India dan Cina , dengan mendulukan ajaran Tauhid, berdagang menjadi agenda kedua , mula hakis. Mereka sanggup meninggalkan tanah air untuk memberikan Tauhid kepada kita, kerana nabi saw memberitahu , Nusantara adalah waris baginda. 


Mereka berdagang dan berniaga dan berhenti rehat di masjid untuk mendirikan solat. Solat adalah tiang agama dan kunci rezeki. Kini solatlah yang umat mudah abai dan tinggalkan kerana kejaran harta dunia, tanpa panduan wahyu lagi , tetapi kitab das kapital.

______________

Asal nama Melaka 

Nama Melaka mengikut sejarawan tempatan Islam, adalah dari kalimat Arab , bermaksud tempat pertemuan saudagar dan pedagang Arab. Tapak pelabuhan ialah di Sungai Melaka. Kini sungai tidak jernih lagi, malah budaya bukan Islam yang bercambah.

Kota Melaka dan syariat Islam hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan kenangan silam. 
__________

Para pedagang dan mubaligh (kini pendakwah istilah digunakan ) melakukan dua tugas serentak, berdagang dan mengajar umat tempatan agama Islam.Serambi rumah dan istana adalah tempat pengajian halakah ilmu pada masa itu, kampung Serkam dan Pulai pernah mendapat jolokan kampung nabi kerana banyaknya majlis dan halakah ilmu.

______________

Kami sediakan tempat perniagaan untuk anda . Jom berniaga untuk mengembalikan kehebatan nenek moyang kita berniaga , dan menyambut seruan hadis nabi s.a.w bermaksud 9/10 kekayaan dari perniagaan.Perniagaan adalah ibadat, fardhu kifayah. 

Berniaga ialah memberikan keperluan dan khidmat kepada umat dan masyarakat supaya mudah mendapat barangan keperluan dan perkhidmatan.


PUSAT DAGANGAN PULAI (PDP)
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU , MELAKA

Admin

No comments:

Post a Comment