Thursday, 27 December 2018

Kelas Memanah

PDP akan membuka kelas memanah pada hari Sabtu minggu kedua Januari 2019.

Jadual

Setiap Sabtu minggu kedua     : Jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari

________________
Alatan kami sediakan. Datang daftar bayar dan terus berlatih.


_________________

Mukaddimah

Islam menyukai umat yang sihat ,kuat jasmani   , cerdas akal dan ada haibah  diri . Ini kerana manusia yang berguna ialah yang banyak manafaat kepada orang lain. Maksud hadis.

Memanah adalah anjuran nabi s.a.w. supaya kita mahir dan menguasainya. Ini kerana banyak faedah dan manafaat dengan kemahiran ini.

________________

Tujuan 


  • Melatih diri khusyu' dan fokus
  • Melatih diri berani , yakin dan tawadhu'
  • Melatih diri tidak sombong dan ego,kerana syarat belajar memanah tidak boleh niat untuk rasa sombong


________________
Umat yang kuat fizikal dan mental serta  ada haibah diri ditakuti musuh.

_______________
Antara anjuran nabi s.a.w ialah menyimpan senjata adalah sunat.

_______________
Umat nabi kita s.a.w sepatutnya menyediakan diri dan keluarga dengan latihan pertahanan diri dalam bentuk apa sekalipun supaya   digeruni musuh dan keselamatan diri.

Kita hanya banyak bergantung kepada loceng penggera keselamatan.Itu tidak menjadi isu.

Isunya kita pun kena ada ilmu pertahanan diri.

_________________
Terbuka kepada murid tadika,sekolah rendah dan menengah, dewasa; wanita dan lelaki.

Usia paling awal boleh dilatih memanah seawal 3 tahun.

_________________
Memanah yang penting ialah ketepatan, bukan jarak.
__________________
Jarak yang terpanjang pernah dicipta 800 meter lebih , 

_______________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, MERLIMAU 73000, MELAKA


Wednesday, 12 December 2018

Kerja ibadat

Serangan pemikiran yang merupakan jarum halus dalam memahami dan mentafsirkan gambaran Islam secara salah sangat berleluasa dalam group wasap.

Kerja adalah ibadat firman Allah dalam surah al Juma'at /10, selepas tunai solat bertebaranlah cari rezki.

Islam tidak pernah menentang kekayaan tetapi tunaikan hak Allah zakat 2.5%.

Dalam harta orang kaya di dalamnya ada harta orang miskin. Ini adalah susunan ekonomi oleh Pencipta kita dan alam ini.

Setiap kali lepas solat Allah meminta kita berdoa jauhkan dari sifat malas dan bacul serta bakhil kedekut.

Ini adalah roh susunan ekonomi Ilahi, yang adil dan penuh ehsan, ,menghasilkan kehidupan yang berkat dan dirahmati Allah.

Jika besok pun nak kiamat benih yang ada di tangan hari ini, teruskan semai.
_______________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, MERLIMAU 73000, MELAKA


Tuesday, 11 December 2018

Khalifah

Tujuan manusia dijadikan adalah untuk menjadi khalifah di bumi.

Tugas khalifah ialah memastikan syariat atau undang-undang Allah dilaksanakan di bumi ini.

Antara undang-undang Allah dalam jual beli ialah berniaga dengan jujur dan amanah. Tidak berlaku penipuan dan salah laku dalam perniagaan.

______________
Sistem perniagaan yang tidak ada riba dan subur dengan sistem zakat. Tiada penindasan dan orang miskin dan fakir dibela dengan sistem zakat.

Tiada monopoli dalam perniagaan, pengguna mempunyai banyak peluang untuk memilih , kerana prinsip jual beli dalam Islam ialah saling redha meredhai.


Sistem Allah Taala ini telah lama ditinggalkan dalam perniagaan hari ini menyebabkan hidup tidak berkat dan tidak mendaulatkan negara yang di nilai baik oleh Allah.

_______________
Peniaga yang menipu dan tidak amanah balasannya ialah neraka di akhirat.
Peniaga yang jujur sebaris dengan nabi di syurga di akhirat nanti.

_______________
Bagaimana untuk memastikan tidak berlaku penipuan dalam perniagaan?

Jawapannya ialah kuasa politik mesti di tangan orang Islam untuk mendaulatkan undang-undang Allah.

_______________
Sejarah Melayu telah membuktikan kejayaan saudagar berniaga di Melaka adalah kerana adanya jaminan undang-undang yang mantap.

Luasnya empayar Islam yang berpusat di Turki sejak tahun 1100 M bermula dari Champa hingga ke Singapura (Muluk Tanjung) hingga ke Sulawesi, Sumatera , Jawa, Acheh hingga ke Kesultanan Melayu Islam Melaka.

Asas yang dibina ialah tamadun manusia yang dididik dengan iman dan membuahkan akhlak yang mulia iaitu jujur dan amanah dalam semua kehidupan.

____________________
Kedatangan penjajah Portugis , Belanda, British dan Jepun serta komunis telah menggagalkan pelaksanaan Hukum Allah kerana mereka menyibarkan Kristian.


Mereka datang ke Nusantara untuk mengambil hasil bumi, kekayaan rakyat tempatan dan penyibarkan Kristian.


Ini adalah berikutan kejayaan mereka dalam Perang Salib menawan Sepanyol. Mereka membunuh orang Islam Sepanyol dan terus ke Nusantara.

____________________

Islam sahaja yang mampu memimpin dengan aman dan rahmat seluruh alam.

____________________
PUSAT DAGANGAN PULAI
KM16, JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU ,  MELAKA
ADMIN

Tuesday, 4 December 2018

Sistem

Islam adalah sistem yang mengatur kehidupan . Sistem yang Allah sendiri sediakan dalam al Quran. Nabi s.a.w diutus untuk menyampaikan sistem tersebut.

Sistem ekonomi Islam , nabi s.a.w. adalah pencetus segala perkara yang merupakan asas kehidupan,

1. Penggunaan cek
2. Penggunaan sistem bank
3. Sistem gadaian
4. Sistem hutang tanpa riba
5. Sistem akad juala beli
6. Penggunaan buku resit / catatan
7. Perjanjian 
8. Sewaan ada janji dan amanah

Semua asas ini dicetuskan semasa hijrah ke Madinah dan Negara Madinah.
_________________


PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , MERLIAMU,73000, MELAKA

Nabi s.a.w adalah pencetus


Setiap tamadun Allah utus nabi sebagai pencetus.Tamadun Barat pada hari ini pencetusnya ialah Nabi s.a.w. dengan wahyu pertama bacalah.

Malangnya Barat hanya mengambil tamadun benda dan meruntuhkan tamadun manusia,segala ajaran songsang bermula di Barat. LGBT, persamaan hak lelaki dan perempuan yang menyanggahi hukum alam, pengguguran bayi yang dihalalkan, zina bebas, hidup tanpa agama atheis,riba judi, nujum berleluasa di sana.

____________
PUSAT DAGANGAN PULAI

Sunday, 2 December 2018

Sistem Allah

Pengaruh pemikiran sekular dan liberal sering merendah dan memperlekehkan hukum Allah dan sistem Allah Taala. Tahukan kita yang menjalankan matahari dan bulan adalah sistem Allah Taala.


Malam dan siang silih berganti adalah di bawah sistem Allah Taala.Tiba-tiba kita kata akal kita lebih bijak dari Allah Taala. Sepatutnya kita malu sebelum berkata . Kata-kata menggambarkan tahap ilmu Tauhid kita dan mendedahkan siapa diri kita.Semakin banyak kita berkata, semakin banyak kekurangan ilmu kita didedahkan kepada umum.

Oleh itu ikhtiarlah mencari ilmu terlebih dahulu untuk berdakwah dan berkata-kata.

Mutiara kata hanya keluar dari mulut bijak pandai.

Hanya jauhari yang kenal maknikam.

_______________

Akal hanya untuk berfikir bagaimana untuk laksanakan hukum Allah, bukan perlekeh hukum Allah.

Setiap tamadun bermula dari kosong. 
Setiap tamadun bermula dengan pembinaan manusia.Ini Allah rakamkan dalam surah Ibrahim /37.

Tamadun Mekah pada hari ini terbina dari wadi yang kering tiada air. Hinggalah Malaikat Jibrail menghentak bumi dekat kaki bayi nabi Ismail a.s. , terpancarlah air zam zam.


Kini Mekah jadi idaman semua pihak Islam dan bukan Islam untuk berniaga. 

____________
Berkat dan rezki melimpah dari Allah.

Surah al A'raf/96

Jika penduduk negeri beriman, Allah limpahkan rezeki.

_____________
Pemikiran kita terbalik, kita berfikir secara biasa. Tamadun dulu  baru cari agama.

_____________
PUSAT DAGANGAN PULAI


Thursday, 29 November 2018

Faraid

Soalan 
Boleh atau tidak saya membuat wasiat harta untuk anak saya?

Jawapan

Allah telah sediakan sistem Faraid dalam harta pewarisan , tidak perlu risau.Jauhkan sangkaan bahawa hukum Faraid banyak masalah.


Allah Maha Bijak Maha Tahu, musatahil hukum cipataanNya lemah dan tidak sesuai sepanjang zaman.

Akal dan selera manusialah yang suka menilai rendah dan perlekeh hukum Allah. Pengaruh sekularisasi dan liberal telah merosakkan kepercayaan kita kepada Hukum Allah. 

Adil dalam sistem Islam sistem Allah bukan sama. Matahari tidak sama dengan bulan dengan bintang.

______________

Kembalilah kepada Allah.Gunakan akal untuk laksanakan hukum Allah bukan meminda hukum Allah.


________________
PUSAT DAGANGAN PULAI
KM 16, JALAN PULAI PANTAI ,73000, MERLIMAU , MELAKA.



BERDEKATAN

  • MASJID AR RAHMAN LAMA KAMPUNG PULAI - JARAK 100 METER
  • BALAI RAYA KAMPUNG PULAI
  • SEKOLAH AGAMA KAMPUNG PULAI
  • SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG PULAI
  • KLINIK KESIHATAN KAMPUNG PULAI
  • PASAR MALAM SERKAM 

Wednesday, 28 November 2018

Jati diri

Para peniaga harus mempunyai jati diri yang kental dan kebal


Luaskan cara berfikir dan istiqamah.

Hindari mencela merendahkan pihak lain. Mencela orang lain adalah jati diri yang melambangkan kekusutan jiwa kita sendiri.


______________
Teknik provokasi untuk bangkitkan kemarahan orang adalah gaya lama yang harus dibuang.

Teknik ini hanya mencetuskan salah faham dan ketegangan dan pertikaman lidah yang sia-sia dan tidak berguna.

______________

Kalangan yang sempit minda menyintai teknik ini untuk cetuskan pergaduhan, dengan meletakkan pihak lawan dalam emosi , tekanan dan tidak stabil.

Ayuh bangun jangan layan provoksai pelanggan dan penjual. Teknik lapuk dan ketinggalan zaman.

Pasak jiwa kental dan kebal mendepani ragam pelanggan dan peniaga yang rendah cara berfikir dan rendah taraf penguasaan ilmu, dengan banyak belajar, bersabar dan berdoa . Doa adalah senjata dan bekalan kita.

Para rasul dan nabi adalah manusia pilihan yang banyak berdoa setiap kali berdepan masalah.

___________________


PUSAT DAGANGAN PULAI

Berkat

Beza antara ekonomi Barat dan Islam ialah ,ekonomi Islam mempunyai roh dan bersambung ke akhirat sebagai perhitungan dosa dan pahala.

Ekonomi Islam bukan nukilan akal manusia tetapi wahyu Ilahi, ciptaan Allah.

Sebab itu dalam urusan ekonomi dan perniagaan Islam ada konsep berkat dan rahmat Allah.

________________
Ekonomi ciptaan Allah menitik beratkan prinsip iman. Semakan perlu dibuat atas peniagaan kita,adakah ianya 

  • Halal
  • Diredhai Allah
  • Jujur, tiada penipuan
  • Tidak meninggalkan ibadat wajib ketika bekerja atau berniaga
_________________
Islam perlukan rezeki yang berkat dan banyak bukan banyak sahaja tanpa berkat.


_____________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 

Tuesday, 27 November 2018

Riba

Bagi usahawan dan peniaga Muslim elakkan hutang dan riba.

Riba menekan kita dan hilang berkat dan rahmat dari Allah.

Perniagaan kita sukar berkembang.

Tukar cara berfikir, untuk maju di dunia dan akhirat.Kuasai ilmu untuk maju dalam perniagaan.

______________
Contohi nabi kita s.a.w yang pintar berniaga. Baginda nabi s.a.w. dibangkitkan untuk bersihkan perniagaan Jahiliayah Arab yang berniaga dengan asas riba, monopoli dan tidak telus, menahan di tengah jalan iaitu orang tengah dan menipu dalam barangan.


_______________
Tukar cara berfikir untuk maju.

Thursday, 22 November 2018

Info penutupan

Store atau tempat simpanan barang gula pasir atas nama Pasaraya al Qarni , yang disewa sejak bulan September 2017 , telah ditutup mulai 07/10/2018.

Katanya jutawan tersebut telah berpindah ke bidang niaga yang lain.

__________


PUSAT DAGANGAN PULAI
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA

Wednesday, 21 November 2018

Perniagaan

Sempena bulan maulud ini, banyakkan berselawat. Bagi orang Islam berselawat adalah punca murah rezki.

Nabi kita s.a.w adalah pencetus tamadun abad ini melalui  wahyu iaitu  perintah Allah "bacalah".


Melalui bacaan kita mendapat ilmu, untuk membina tamadun manusia dan benda.

Kemajuan teknologi di Barat adalah hasil daripada kajian dan penemuan sarjana Islam di Madinah, Baghdad dan Andalus yang disalin dan ditiru oleh Barat dengan melenyapkan nama sarjana Islam dan gantikan dengan nama tokoh barat.

Kajian ini ditemui oleh sarjana tempatan yang sedang membuat kajian sejarah dalam setiap disiplin ilmu, terutama dengan meneliti simpanan manuskrip di perpustakaan di Turki .

Rumusannya oleh kerana dunia ini milik Allah, Allah utus setiap tamadun ada nabi dan rasul yang menyampaikan ajaran kepada manusia mengenai tuhan dan tamadun mereka.

Nabi Idris a.s. adalah pencetus ilmu mathematik.


Bina manusia terlebih dahulu untuk menjaga tamadun benda.

Nabi kita s.a.w. adalah pencetus semangat keusahawanan dan memiliki jiwa perniagaan.

Al-Quran merekodkan nabi s.a.w berniaga ke Syam dalam musim panas dan Yaman dalam musim sejuk.

_________________

Bagi orang yang beriman dan  yakin Allah yang meluas dan menyempitkan rezeki seseorang tidak akan ada sifat tamak dan haloba dalam jiwa mereka.

Mereka akan membayar zakat perniagaan , sebagai hak Allah sebanyak 2.5%, untuk subur dan sucikan harta .

Allah menetapkan dalam harta orang kaya ada harta orang miskin.'

Jika seorang jutawan mengeluarkan zakat 2.5% jumlahnya ialah RM25,000.00.

Jumlah ini akan cair dalam masyarakat untuk suburkan perkembangan ekonomi yang berkat dan diredhai. __________________

Jika orang kaya menyimpan tetap tanpa mengeluarkan zakat, harta menjadi beku dan ekonomi tidak berkembang.Kuasa beli berkurang. 

__________________

Orang miskin yang menerima zakat untuk usahawan sebanyak  RM3,000.00 akan terus berniaga tanpa perlu membayar hutang dan riba.

Mereka tiada bebanan. Di sinilah maksud zakat membantu umat.


_______________

       PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN


Sunday, 18 November 2018

Hubungan Melaka dan Turki

Melayu dan Turki adalah negara dan kerajaan yang sama suatu masa dahulu.

Oleh kerana sejarah ditulis oleh orang yang menang, iaitu penjajah , mereka menulis sejarah mengikut sumber dan perasaan mereka sebagai penjarah yang penuh tipu daya dan palsu.

______

Kerajaan Melaka , Pattani , Acheh adalah tinggalan kerajaan Islam yang berpusat di Turki suatu masa yang sangat silam.

Catatan penulis tempatan lebih tepat dan benar seperti Syeikh Daud Pattani dan Abdul Samad al Palembangi.


______
Nama-nama bandar dari Bahasa Arab

Potugal dari bahasa Arab burtuqal, limau 
Madrid dari majri sungai yang mengalir.
Mulaqah/Melaqa tempat pertemuan 
Masaale iaitu pelabuhan

______
Universiti Oxford masih memakai jubah Arab. Barat menutup sejarah ini. Sepanyol kalah di tangan kuffar Raja Ferdinand dan isterinya Isabell telah membunuh umat Sepanyol seramai jutaan orang pada 1/4/1498M .Kemudian mereka rayakan April fool.

Islam mentadbir selama 1500 tahun berakhir dengan pembunuhan oleh Raja Ferdinand dan isterinya Isabell.



_______
Sejarah penting untuk menuju ke masa depan dengan penuh berhemah berpandukan kesilapan dan kelemahan masa lepas dan kekuatan dan kehebatan masa silam.


Bandingannya kereta yang kita pandu , ada tiga cermin untuk pandang ke belakang satu sahaja cermin untuk pandang ke depan.

Itulah pentingnya sejarah untuk menjadi roh kepada umat untuk terus maju dan lurus .
_______

PUSAT DAGANGAN PULAI





Thursday, 15 November 2018

Hubungan Melaka dan Turki

Kajian sarjana tempatan Profesor Dr Mat Rofa bin Ismail menemui fakta bahawa Melaka dan Turki adalah negeri yang sama , seperti ayah dan anak.

Gabenur Melaka adalah lantikan Sultan Turki.

Sultan Muhammad al Fateh pembuka Kota Konstantinoples Sultan Kerajaan Uthmaniah telah mengahwinkan Puterinya dengan Sultan Mansor Shah.

Dalam manuskrip Turki Sultan Mansor Shah disebut Mansor Fasha.

Sultan Mansor Shah dijemput ke Turki dan sultan telah pergi dengan kapal Mendam Berahi yang besarnya ; panjang 198 kaki dan lebar 73 kaki = 14,454 kaki persegi. 

Jauh lebih besar dan gah dari kapal Portugis yang diletakkan di Melaka.

Muatannya boleh muat 4 ekor gajah, 400 soldadu , meriam, bedil dan senapang.


Begitulah hebatnya orang Melayu Islam Melaka dalam dunia pelayaran, perkapalan dan perniagaan serta diplomatik.

Semua sejarah ini ditutup dan dipalsukan oleh penjajah Portugis, Belanda dan British.

Paradoks sejarah dalam istilah falsafah dan mantiq.

Paradoks ertinya percaya sesuatu perkara itu benar tetapi palsu.

Maksudnya belajar sejarah tanpa roh Islam , tanpa analisis, tanpa fikir logik dan mantik.

Sejarah bukan kembali ke zaman silam, tetapi sejarah untuk meniup semangat perniagaan dan perjuangan untuk mengambil iktibar benar dan salah.

Islam memimpin.

___________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 

KM 16. JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU ,  MELAKA

Tuesday, 6 November 2018

Perkasa ekonomi

Ekonomi umat perlu diperkasakan kerana ia adalah seruan agama Islam.

Salah satu cara memperkasakan ekonomi umat Islam ialah melalui perniagaan.

                           


Aspek penting dalam dunia perniagaan Islam , ialah dibangunkan manusia terlebih dahulu, dengan sifat 

1.Jujur
2. Amanah
3. Berkualiti

Perkara yang diambil kira
1. Halal
2. Berkat
3. Redha Allah


Perniagaan dalam Islam ialah menyediakan segala kemudahan dan keperluan kepada umat manusia.Ia termasuk dalam konsep ibadat , yang akan dibawa ke akhirat.

Pembinaan Kota Madinah oleh nabi s.a.w pada tahun sekitar 600 Masehi dan sedang maju kini adalah melalui pembinaan manusia terlebih dahulu dengan akhlak Islam berdasarkan panduan al Quran.

Perkara pertama dibuat dalam pembinaan Madinah ialah mendirikan Masjid Nabi s.a.w sebagai pusat ibadat dan pasar sebagai pusat ekonomi.

Apabila manusia telah dibangunkan kuranglah aktiviti penipuan, tamak dan haloba, rakus, monopoli , judi, menjual barangan  haram dalam sistem ekonomi.

_____________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI. 73300, MERLIMAU,MELAKA
ADMIN







Monday, 22 October 2018

Usahawan

Usahawan adalah perniagaan.Elakkan orang tengah untuk membawa hasil kita ke pasaran. Oleh itu wujudkan satu lagi kendalian kita iaitu unit pemasaran.

Jika anda lakukan ini, anda akan maju dalam usahawan perniagaan




___________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16 JALAN PULAI PANTAI , 73000, MERLIMAU , MELAKA







Pencetus serambi Madinah Pulai

KAMPUNG PULAI PANTAI


Masjid lama Kampung Pulai Pantai KM16.8 , 
Serkam, Merlimau Melaka



Suatu yang menarik ialah serambi Madinah Pulai Pantai ,  sedang menuju cita. Kampung Pulai Pantai beruntung kerana baru mendapat masjid baru iaitu Masjid Ar Rahman di samping masjid lama yang dibina dari derma orang ramai pada tahun 1932, dikenali waktu itu Solok Pulai.

Masjid ini dibina setelah penduduk yang menggunakan Masjid Serkam yang jaraknya 3.2 km atau 2 batu, berhasrat memiliki masjid sendiri.

Sifat dermawan dan usaha gigih umat masa itu terbinalah masjid kayu. Bermulalah kelas pengajian Islam waktu itu.Penambahbaikan masjid ini dilakukan sebanyak empat kali pada tahun 1940an, 1960an, 1980an dan 1998 dan diberi  nama baru Masjid ar Rahman.
____________

Pada bulan Mei 2018 seorang orang lama Penduduk asal Kampung Pulai, rancak bercerita penuh perasaan mengimbau (nostalgia ) kenangan silam , mengenai usaha pungutan derma dijalankan untuk menubuhkan masjid , demikian laporan crew kami. 

_______________

Pada tahun 1960an , 1970an terdapat seorang guru al Quran yang gigih mengajar anak kampung Pulai membaca al Quran secara percuma, iaitu arwah Mak Uda Enab.
____________________


Menurut tinjauan kami dengan penduduk asal Kampung Pulai Pantai , kampung ini dibuka oleh orang-orang dari Bugis yang datang ke Melaka untuk memberi bantuan dan solidariti semasa Kesultanan Melayu Melaka diserang oleh Portugis tahun 1511 Masehi.

Orang -orang Bugis dan Acheh adalah terdiri dari pencinta Islam ,  . Islam datang ke Nusantara melalui Acheh, ke Melaka dan Champa , yang dibawa oleh pendakwah dari tanah Arab dan Turki. Mereka adalah saudagar dan pedagang yang kaya , jujur sebaris dengan nabi s.a.w , pintar niaga dan berdagang dan dermawan.

Mereka mencontohi nabi s.a.w. dalam pembukaan Kota atau Bandar istilah hari ini ialah dengan membuka masjid dan pasar.

Bersama mereka adalah jiwa pendakwah dan pedagang. Mereka membuka kelas mengajar al Quran dan ilmu tauhid.

Kemudian ketua masyarakat berhasrat mendirikan pusat ibadat iaitu masjid kampung Pulai secara pungutan derma .

__________________
Kajian sejarah secara akademik mendapati di Melaka terdapat masjid di hampir setiap 1 batu sebuah masjid. Ketika itu masjid adalah pusat R&R , seperti hari ini.

Roh atau semangat penghayatan Islam sangat tebal dan kuat ketika itu. Maksud hadis nabi 9/10 kekayaan dalam perniagaan benar-benar dihayati.

Ayuh bangun wahai anak bangsa Melayu Islam , berbanggalah dengan kehebatan dan kepakaran nenek moyang kita dalam dunia perniagaan dan pengajian Islam . Bakarlah semangat di jiwa untuk terus membangun umat.

________________

Benamkan jiwa hamba asuhan penjajah hampir 600 tahun seperti pesanan  Dr Burhanuddin Al Hilmi.


  • Bukit yang besar itu terdiri dari biji pasir yang halus.
  • Nabi Ibrahim  a.s. moyang kita ketika membuka Mekah adalah di sebuah wadi yang kering tiada tanaman pun. Melalui usaha yang berkat , Mekah kini adalah pusat segalanya.
_______________

Pantun Dr Burhanuddin al Hilmi
Di atas robohan kota Melaka

Kita dirikan jiwa merdeka

Bersatu padulah segenap baka

Membela hak keadilan pusaka


__________________

Terdapat 3 lot kedai untuk disewakan  di tingkat bawah. Dari kiri no. 1B , tengah 2B dan tepi tangga kanan adalah no . 3B. 

Tingkat atas terdapat dua buah homestay.


                      


Untuk maklumat semua pelanggan kami yang dihargai, Pasaraya al Qarni akan berpindah pada 07/10/2018 nanti.

Menurut Pengarahnya Haji Othman, mereka sedang dalam fokus kepada ladang lembu di Jasin . Haji Othman adalah pembekal daging lembu segar ke pasaraya Maideen seluruh Malaysia.

Oleh itu kami menawarkan lot kedai sebagai dewan kahwin budget  bermula 15/11/2018.
Dewan kahwin budget
_____________


PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA.
ADMIN











Thursday, 11 October 2018

Pencetus Perjanjian

Nabi s.a.w adalah pencetus perjanjian yang kita warisi pada hari ini.Jujur dan menunaikan janji adalah aras tamadun manusia yang tinggi.

Bangsa Melayu telah berniaga seawal sezaman dengan nabi s.a.w.

Kita adalah bangsa yang hebat menguasai jalan laut dalam perniagaan sejak keranan Pattani Raya. Raya maksudnya kerajaan yang besar.

__________________

Ramai yang bertanya apa itu perjanjian. Perjanjian melibatkan dua pihak yang berjanji.Apabila langgar perjanjian ada perkiraan dosa dan pahala.

Mengikut undang-undang  dunia perlanggaran perjanjian diikat dengan saman dan perbicaraan di mahkamah dan denda .



Pada asalnya perjanjian adalah perjanjian hudaibiah yang dibuat oleh nabi s.a.w dengan kafir Quraisy Mekah 1400 tahun yang silam.

__________________

Soalan , 
Apa perlunya perjanjian?

Jawapan , untuk menjamin keselamatan dan kepentingan dua pihak yang berjanji dari segi undang-undang.


__________________
PUSAT DAGANGAN PULAI
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 7300, MERLIMAU , MELAKA.



Thursday, 4 October 2018

Wasiat

Wasiat yang sebenarnya ialah wasiat iman. Ini kerana rezeki telah ditentukan oleh Allah kadarnya.
Gambar hiasan


Nabi Ya'akob a.s. apabila tiba saat ajalnya telah memanggil semua anak-anaknya untuk diberikan wasiat.
Tanya baginda kepada anak-anaknya selepas aku mati tuhan kamu yang mana yang kamu akan sembah?

Dalil surah al Baqarah/133





_________________
Wasiat harta yang dibenarkan ialah kepada bukan waris dan tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta di hari kematian pewasiat.

Kita tidak perlu risau dengan harta dan rezeki kerana Allah telah membuat dunia ini dan isinya semuanya untuk faedah manusia.

Kita boleh merancang tetapi rancangan Allahlah yang terlaksana, bukan rancangan kita.

Kita hanya boleh merancang, mengurus , mengharap dan berdoa.

______________
Filem 3 Abdul adalah filem sindiran perebutan harta pewarisan.

Mutakhir ini ramai yang beranggapan bahawa dengan penulisan wasiat  dan hibah dapat mengelakkan dari perebutan harta warisan.

Ini hanya pendapat sahaja.

__________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 73000, MERLIMAU MELAKA